Neelofa Jawab Teguran Yusof Haslam Dalam Masa Terdekat – Pengurus

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja naam pelakon-pengacara jelita Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Dalam laporan gosip sebuah akhbar kelmarin, perkara ini tercetus apabila Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Sementara itu, memetik kenyataan di Sinar Harian, pengurus kepada aktres drama bersiri Kau Yang Terindahitu, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam itu.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya.

* credit mD

 

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *