NESCAFÉ mempersembahkan THE LAST ALTIMET SHOW

2018 merupakan tahun yang luar biasa buat Altimet.Bukan hanya beliau memenangi “Persembahan Terbaik” di Anugerah Juara Lagu ke 32 yang lalu, single Bunga dari album Air telah meraih 8.3 juta penonton sejak Mac 2018 dan telah mendapat nominasi sebagai 12 lagu yang berentap di peringkat akhir, Anugerah Juara Lagu ke-33 pada 2019.

Konsert terakhir Altimet- ‘NESCAFÉ Mempersembahkan The Last Altimet Show’ akan diadakan pada hari Sabtu, 16 February 2019, 7 malam di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Persembahan ini bakal membariskan artis-artis hebat tanahair seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra, dan ramai lagi. Harga tiket juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Tiket ‘NESCAFÉ Mempersembahkan The Last Altimet show’ berharga RM59 (Early Bird), RM79 (Presale) dan RM109 (At Door) untuk setiap keping tiket. Tiket terhad “Early Bird” boleh dibeli di altimet.com.my/Concert bermula dari 21 Disember 2018. Peminat juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket VIP dengan pas “Meet & Greet” dan 25 pasang tiket awam khas daripada penaja konsert, NESCAFÉ di altimet.com.my/Nescafe

Pada bulan lepas, Altimet telah mengumumkan hasratnya untuk bersara secara rasmi daripada menjadi penyanyi, pada masa yang sama, peminat setia beliau tidak sabar menantikan kemunculan album terakhir – O, yang bakal didapati pada Jumaat ini, 21 Disember 2018. Altimet turut menekankan, bahawa beliau masih akan bersama lagi dalam industri hiburan tanahair, mungkin di belakang tabir mahupun di arena lain. Beliau turut memberitahu, konsert terakhir ini akan dipersembahkannya sebagai tanda terima kasih dan penghormatan kepada keluarga, sahabat-handai dan peminat yang tak jemu menyokong di sepanjang karier beliau.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari altimet.com.my.

Check Also

Shah Sidious berkongsi ilmu gitar pada Gear Nerds Meetup Vol. 2 di Pulau Pinang.

GEAR NERDS MEETUP VOL. 2 SATUKAN KOMUNITI GEARHEADS MALAYSIA

Minat terhadap dunia peralatan muzik atau gear terus berkembang apabila Gear Nerds Meetup Vol. 2 …

T-ARA kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi Summer Again pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena.

T-ARA KEMBALI TEMUI PEMINAT MENERUSI SUMMER AGAIN

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila T-ARA Fan-Con Malaysia 2026 secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *