Nidji Dilantik Duta Mister Potato

Enam pemuzik ini iaitu Giring (vokalis), Rama dan Ariel (gitar), Adrie (drum), Andro (bass) dan Run-D (keyboard), teruja untuk terus menghiburkan peminat mereka, seiring dengan abiliti yang dicipta, Nidji dengan rasmi telah dilantik sebagai duta jenama berkolaborasi dengan Mister Potato, yang juga merupakan Rakan Snek Global Rasmi pasukan A-list bola sepak dunia, Manchester United.

Ibarat, kecik tapak tangan, satu stadium Old Traffod Nijdi tadahkan, pelantikkan itu lantas disifat sebagai hadiah sempena ulangtahun satu dekad mereka yang paling terindah. Apatah lagi semua anggota Nidji merupakan penyokong setia pasukan The Red Devils itu.

“Kami bersyukur, berbangga dan teruja kerana dipilih. Sewaktu pihak Mister Potato datang menyatakan hasrat mereka, kami tidak berfikir panjang kerana ini merupakan peluang keemasan. Apatahlagi ini adalah kempen yang akan melibatkan se-global. Jadi ini juga cara kami untuk memberi inspirasi kepada seluruh dunia”, kata Giring mewakili rakan lain ketika di temui di majlis khas mengumumkan Nidji sebagai duta Mister Potato, di Royal Bintang eCurve, semalam.

Selain itu single ciptaan Nidji berjudul Victory kebetulan sangat sesuai untuk dijadikan lagu tema kempen tersebut. Lagu itu juga dimuatkan dalam album Inggeris dengan judul yang sama itu akan di release di Australia sekitar Jun atau Julai nanti.Dalam perkembangan lain, Nidji juga bakal menjalani penggambaran klip video muzik Victory di Manchester, England, dalam masa terdekat ini. Mengikut perancangan, dikhabarkan pasukan Manchester United akan turut membuat kemunculan istimewa di dalam video muzik tersebut.

Check Also

Shah Sidious, Apek Tebabo! dan Abg Lampu berkongsi ilmu audio dalam Gear Nerds Meetup Vol. 3.

GEAR NERDS MEETUP SATUKAN OTAI MUZIK, KONGSI RAHSIA TONA GITAR

KUALA LUMPUR – Gear Nerds Meetup mempertemukan komuniti muzik menerusi perkongsian ilmu teknologi audio. Berlangsung …

JAILER 2 Malaysia menampilkan Superstar Rajinikanth menerusi edaran Malik Streams Corporation

JAILER 2 MALAYSIA BAWA KEMBALI KEHEBATAN SUPERSTAR RAJINIKANTH

KUALA LUMPUR – Filem JAILER 2 Malaysia kembali mencuri perhatian peminat sinema Tamil. Kemunculan semula …