Ombak Rindu di pawagam pada 1 Disember 2011

Ombak Rindu adalah filem ke-5 terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd. Kali ini mereka bekerjasama dengan pula Astro Shaw.Sekali lagi filem ini diadaptasikan dari novel oleh Fauziah Ashari oleh Alaf 21 Sdn Bhd yang bertajuk Ombak Rindu. Filem ini akan mula ditayangkan di semua pawagam-pawagam di seluruh Malaysia pada 1 Disember 2011.

Secara umumnya, produksi Ombak Rindu dibarisi para pelakon hebat dan terkenal tanahair. Empat pelakon utama dan pembantunya iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae, pernah meraih anugerah dalam beberapa majlis anugerah filem tempatan. Ia juga diarah oleh Pengarah Filem Terbaik di Anugerah Skrin TV3 2011 iaitu Osman Ali.Barisan pelakon pembantu lainnya juga diperkuatkan dengan kehadiran nama-nama yang telah diakui hebat dantidak asing lagi dalam arus perfileman tempatan.Filem ini wajar ditonton kerana terdapat elemen-elemen sedih,kasih sayang serta cinta yang akan membuatkan anda terpaku dari awal hingga habis. 

 

Sinopsis

Izzah, uztazah disebuah kampong diperdaya dan dijual pakciknya ke pusat pelacuran dengan alasan mencari wang untuk pembedahan makciknya. Hariz, pelanggan lelaki ‘playboy’ pertamanya telah dirayu untuk menikahinya demi menyelamatkannya dari sarang maksiat. Hariz menikahi Izzah dan membawanya pulang, sesuatu perkara murni yang lama tak dilakukannya. Tanpa sedar, Hariz jatuh cinta pada izzah dan ingin putuskan pertunangan yang diatur keluarganya bersama teman sekolahnya, Mila. Tekanan keluarga menjadikan episode cinta tiga segi ini bertambah menarik dan menekan emosi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[nggallery id=26]

Check Also

Pelancaran GX-1 Bio-Reset System di Kuala Lumpur

GX-1 BIO-RESET SYSTEM DILANCARKAN SEMPENA 20 TAHUN AMEZCUA

GX-1 Bio-Reset System dilancarkan secara global di Kuala Lumpur bersempena ulang tahun ke-20 Amezcua. Produk …

Barisan artis Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 di Saloma Kuala Lumpur

KONSERT IJMAL CINTA RAMADAN 3.0 KEMBALI DENGAN 10 LAGENDA ERA 80AN DAN 90AN

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 kembali dianjurkan selepas menerima sambutan menggalakkan daripada peminat sebelum ini. …

Leave a Reply