Impact Music Cabar Awang BPR Failkan Tindakan Mahkamah

Merujuk kepada sidang video melalui sebuah rancangan Melodi di TV3 pada hari Ahad (17.07.2022), Impact Music & Entertainment menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Awang BPR telah menjurus kepada suatu kenyataan yang sama sekali tidak benar tanpa usul periksa.

Impact Music & Entertainment menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan yang dibuat oleh Awang BPR dan kami meletakkan beban bukti yang kukuh ke atas Awang BPR untuk membuktikan setiap dakwaannya di Mahkamah.

Kenyataan tersebut adalah satu tohmahan liar dan fitnah jahat yang bertujuan untuk memburukkan imej Impact Music & Entertainment sebagai salah sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran.

Harga asal penjualan tiket bagi dua (2) meja VIP ke Singapura bertujuan untuk mempromosikan “Showcase Awang BPR dan Rakan-Rakan & Makan Malam Amal” yang berlangsung pada 24.06.2022 di Loon Sing Convention Centre adalah berharga RM8,000.00 dan telah pun diserahkan kepada Awang BPR pada 02.06.2022.

Pihak kami tidak pernah sama sekali menerima, mengambil atau menggunakan atau apa jua faedah dan hasil daripada penjualan tiket tersebut melainkan dari apa yang telah dipersetujui.

Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa syarikat Impact Music tidak pernah
memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan sebarang invois
syarikat bagi apa-apa tujuan sekalipun. Pihak kami juga telah pun membuat satu laporan polis pada 19/07/2022 bertujuan menyiasat pihak yang telah menyalahgunakan dan/atau memalsukan invois kami dan seterusnya menerima
manfaat daripadanya.

Pihak kami telah menjalankan tanggungjawab sepertimana yang telah dipersetujui di antara Impact Music dan NS Creative Management. Segala urusan adalah di antara Impact Music dan NS Creative Management.

Awang BPR sebagai seorang yang muflis seharusnya berterima kasih kepada pihak
yang membantu menaikkan namanya semula dan bukannya memburukkan dan menyebarkan fitnah kepada pihak lain. Kes ini sepatutnya boleh diselesaikan secara baik namun Awang BPR telah memilih untuk mensensasikannya maka pihak kami tidak mempunyai langkah lain melainkan menyerahkannya kepada pihak peguam dan undang-undang.

Pihak kami juga ingin mencabar Awang BPR untuk memfailkan tindakan Mahkamah
terhadap kami sekiranya segala dakwaannya itu benar. Sekiranya tiada tindakan undang-undang difailkan maka kami menuntut satu permohonan maaf secara terbuka dibuat pada atau sebelum 1hb Ogos 2022.

Check Also

Lebih 200 artis dan pemuzik hadir ke Konvensyen Pemuzik Karyawan 2026 bagi membincangkan isu royalti, AI dan hala tuju industri muzik negara.

KONVENSYEN PEMUZIK KARYAWAN 2026 BINCANG ROYALTI ARTIS, AI DAN MASA DEPAN INDUSTRI MUZIK

Lebih 200 artis, pemuzik dan penggiat industri muzik negara berkumpul di Restoran Saloma Kuala Lumpur …

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *