Pengakuan Daddy Pasrah Tiduri Seorang Pelakon Baru Lelaki

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Daddy Pasrah telah mendedahkan di sebuah blog hiburan, dia sebenarnya ‘membela’ seorang pelakon lelaki. Lebih menguatkan kenyataan Daddy Pasrah, pelakon baru tersebut menjalani kehidupan yang mewah. Dia mampu memandu kereta mewah BMW 325 Sport 2 pintu ke hulu hilir. Malah, kediaman yang diduduki oleh pelakon berusia 21 tahun itu pun bertaraf kondominium mewah. Lantaran pelakon itu kini menjadi bualan hangat di kalangan orang-orang di sebalik tabir.

Apa yang menjadi persoalan daripada manakah datangnya duit pelakon itu? Kalau status pelakon baru, berapalah sangat pendapatannya, kan? Walaupun difahamkan dia berada di bawah naungan sebuah syarikat pengeluar filem Melayu yang kukuh, namun popularitinya tidak kemana sangat. Nak kata daripada keluarga, memang sah-sah keluarga dia orang kebanyakan.

Tak cukup dengan pengakuan di blog hiburan OhBulan, Daddy Pasrah sertakan sekali beberapa gambar sebagai bukti dia dan pelakon itu saling mengenali.

“Saya sertakan gambar-gambar bukti, antaranya MMS untuk dia pancing saya supaya ‘geram’ dan panggil dia untuk sama-sama ‘berseronok’. Saya tau dia memang jenis ‘kaki pancing’, malah sudah berapa ramai uncle-uncle seperti kami yang pernah dia tiduri semata-mata nak hidup mewah, kata Daddy Pasrah kepada blog tersebut

Tambahnya lagi, dia terpaksa kongsikan cerita ini agar pelakon itu insaf dan mengasihanilah ibunya yang berniaga kedai makan siang malam mencari rezeki halal. Rupanya dalam diam pelakon itu pula, hidup berlagak disaluti kondo dan kereta mewah.

“Baru-baru ini, saya perasan yang dia ada berlakon dalam sebuah drama bersiri berkisarkan ‘rakan baik selamanya’ di sebuah televisyen swasta. Nampaknya, dia makin angkuh sebab ramai orang panggil dia untuk bekerja”

“Saya masih sayangkan dia. Tapi, biarlah cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat orang lain di luar sana”. – Daddy Pasrah

 

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *