Pertempuran Penyanyi Rap Dalam “WORD”

word

Hip Hop merupakan sejenis interpretasi lagu yang kebanyakan pendengarnya tergolong daripada generasi muda dan golongan urban. Kandungan Hip Hop membenarkan penyanyi memberi pendapat tentang sesuatu perkara yang difikirkan dan membawa aksi dan gaya mereka ke pentas. Hip Hop juga membawa elemen rapping dan MC dengan cara tersendiri.

Bagi penggemar muzik dan budaya Hip Hop 8TV bakal membawakan kepada anda sebuah rancangan realiti terbaru WORD untuk rappers-rappers di Malaysia. Word bakal menyaksikan pertempuran penyanyi rap di Malaysia untuk menunjukkan kepakaran masing-masing dalam rapping dan MC. Antara peserta yang terlibat adalah Mr.Dan, Tactmatic, Sayla, Jin, Aman- Ra, Saph, Justin dan Ego.

Setiap ‘pertempuran rap’ akan diadili mengikut kemahiran rapper dalam prosa, perbendaharaan kata dan yang paling penting, bagaimana mereka boleh menewaskan lawan mereka.Program ini juga membawakan cabaran yang unik ke dalam setiap minggu antaranya ‘Out Of The Box’ di mana rapper-rapper ini perlu memilih topik secara rawak dari kotak yang disediakan dan mereka perlu ‘rap’ berkenaan dengan topik yang dipilih. Rapper-rapper ini juga akan menerima cerita pendek dari penonton dan perlu rap tentang kisah penonton tersebut dalam cabaran ‘My Story’.

Rancangan ini akan diadili oleh penyanyi rap terkenal Jason Abdul Hakim Schadt atau lebih dikenali dengan nama Vandal dan Reefa yang akan menentukan juara program ini sekaligus membawa pulang wang tunai bernila RM25,000. Vandal turut diberi tanggungjawab mengacarakan rancangan ini.

WORD juga bakal menampilkan seleberiti jemputan setiap minggu antaranya Point Blanc, Navigator, Illegal dan mereka yang memberi impak dalam muzik Hip Hop di Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul, muzik Hip Hop sebenarnya mempunyai pengikut tersendiri dan 8TV cukup teruja dengan penerbitan program sebegini.

“Ini merupakan julung-julung kalinya pertandingan rap dibawakan ke kaca televisyen. Kita mempunyai ramai penyanyi rap berbakat di Malaysia dan saya berharap program WORD ini dapat menjadi platfom terbaik untuk mereka mempamerkan bakat masing-masing untuk khalayak.

WORD yang mengetengahkan muzik Hip Hop diharap dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda dan memberi rasa baru dalam penerbitan program di Malaysia,” tambah Airin.

WORD akan menemui penonton setiap Jumaat jam 10.00 malam bermula 20 September 2013 di saluran 8TV.

 

Check Also

Program Selekoh Akhir PTTI tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir The Untold Story Behind The A's

PTTI CIPTA KELAINAN ANJUR TAYANGAN PERDANA “SELEKOH AKHIR – THE UNTOLD STORY BEHIND THE A’S” DEMI BANTU CALON SPM

PTTI sekali lagi membuktikan komitmennya dalam membantu kecemerlangan akademik apabila menganjurkan tayangan perdana dokumentari “Selekoh …

510 Renegades Showcase 2026 di Odeon Kuala Lumpur pada 28 November 2026

510 RENEGADES SHOWCASE 2026 BAKAL GEGARKAN ODEON KUALA LUMPUR

Peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan sebuah persembahan istimewa apabila 510 Renegades Showcase 2026 diumumkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *