PETRONAS Memperingati Hari MALAYSIA Dengan Puisi USMAN AWANG

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2013, PETRONAS telah memberikan nafas baru kepada puisi berjudul ‘Tanahair’ nukilan sasterawan ulung negara, Allahyarham Datuk Usman Awang bagi memupuk semangat perpaduan di negara ini.

Puisi ‘Tanahair’ itu telah diadaptasi menjadi sebuah lagu dengan tajuk yang sama lengkap dengan klip video bagi menarik minat generasi muda Malaysia menghayati sekali gus menyampaikan mesej perpaduan dan toleransi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Komposer terkenal Audi Mok telah dipilih untuk menggubah lagu tersebut yang dinyanyikan oleh artis-artis muda seperti juara Akademi Fantasia, Stacy, juara One In A Million, Suki, juara Astro Vaanavil Superstar, Alinda serta penerima Anugerah Industri Muzik, Aizat.

Lagu tersebut akan diperkenalkan melalui beberapa aktiviti yang akan diadakan di Kuching, Kota Kinabalu dan Lembah Klang dengan penampilan khas oleh para artis yang terlibat.

Selain daripada lagu ‘Tanahair’, PETRONAS turut menghasilkan siri video 12 episod yang ditayangkan melalui YouTube yang memaparkan masyarakat etnik di Sabah dan Sarawak. Melalui video ini, penonton dapat menyaksikan gambaran kehidupan masyarakat Malaysia Timur serta perayaan dan budaya mereka yang kaya.

Siri video yang dihoskan oleh Pamela Chong ini dirakam di beberapa lokasi di Ranau, Sabah dan Batang Ai, Sarawak sebagai sebahagian daripada Kempen Komunikasi Kaamatan/Gawai PETRONAS.

Daripada 12 episod, dua episod khas akan mengetengahkan pesanan singkat yang merangkumkan harapan dan impian masyarakat Malaysia Timur sempena memperingati Hari Malaysia yang ke-50. Episod khas tersebut akan dimuat naik ke laman Youtube Rasmi PETRONAS pada 13 dan 16 September 2013.

 

Check Also

Formula 1 kembali berlumba di Sepang International Circuit pada Oktober 2026.

FORMULA 1 KEMBALI MENGGEGAR SEPANG

SEPANG, 28 JULAI 2026 – Penantian peminat sukan permotoran akhirnya berakhir apabila Malaysia disahkan kembali …

Art of Speed 2026 di MAEPS Serdang menampilkan kereta dan motosikal kustom.

ART OF SPEED 2026 KEMBALI GEGAR MAEPS DENGAN FESTIVAL KUSTOM BERGAYA

KUALA LUMPUR – Art of Speed 2026 kembali menghangatkan industri automotif negara menerusi penganjuran edisi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *