RAYA TWIST SURIA RECORDS: LAGU RAYA TERKINI DENGAN SENTUHAN SEGAR

Menjadi lumrah dan tradisi rakyat Malaysia menjelang Hari Raya untuk menantikan lagu raya baharu nyanyian artis kegemaran mereka. Tahun ini, Suria Records (SRC) kembali dengan sebuah lagu baharu bertajuk “Raya Twist”, yang menggabungkan suara Intan Maya, Mark Adam, Erika Foo, Fairuz Syazwan, Chaca Trisha & Xpose.

Meskipun Suria Records terkenal dengan lagu-lagu raya yang ‘evergreen’, perubahan zaman dan kemunculan artis baharu memberi inspirasi untuk memberikan nafas segar tanpa mengabaikan elemen klasik yang disukai ramai.

“Raya Twist” Mengangkat Suasana Ceria Hari Raya

Melihat kejayaan luar biasa lagu “Raya Di Rumah Dinda” tahun lalu, lagu “Raya Twist”, ciptaan sepenuhnya oleh Zik dan Nabilah, hadir dengan semangat keceriaan dan kemeriahan sambutan Hari Raya. Lagu ini bukan sahaja mencerminkan karakter unik artis-artis Suria Records, tetapi juga menyerlahkan keakraban mereka dalam satu karya yang penuh semangat perayaan.

Walaupun masing-masing sibuk dengan promosi single solo mereka, para artis sangat teruja untuk berkolaborasi dalam “Raya Twist”. Lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga mengangkat semangat kekeluargaan dan perpaduan, sejajar dengan mesej Hari Raya yang menyatukan semua lapisan masyarakat.

Menurut Furhan Xpose, “Walaupun hanya sebuah lagu raya, kekeluargaan dan kesefahaman dapat dirasai. Lagu ini boleh membuatkan anda turut bergoyang bersama kami apabila mendengarnya!”

Dengarkan “Raya Twist” Sekarang!

Lagu “Raya Twist” kini boleh dimuat turun di iTunes dan distrim menerusi platform muzik digital seperti Apple Music, Deezer, YouTube Music, dan Spotify. Pastikan anda juga mendengarkan lagu ini di semua saluran radio tempatan kegemaran anda!

Check Also

Dewa 19 Padi Reborn bakal beraksi di Axiata Arena 6 Jun 2026

DEWA 19 PADI REBORN HIMPUNKAN BALADEWA & SOBAT PADI 6 JUN 2026

Dewa 19 Padi Reborn bakal mencipta sejarah baharu industri muzik tanah air pada 6 Jun …

Konsert Wali Live Kota Kinabalu bakal berlangsung di SICC Sabah

KONSERT WALI LIVE KOTA KINABALU 12 APRIL 2026 TEBUS KEKECEWAAN SABAH

Konsert Wali Live Kota Kinabalu akhirnya sah kembali ke Sabah. Selepas perancangan terdahulu tidak menjadi …

Leave a Reply