Rihanna Berhijab di Masjid UAE

Jika sebelum ini beliau banyak dikaitkan dengan aksi-aksi yang ‘ tak cukup kain’ atau yang menjolok mata namun beliau baru-baru ini berjaya menarik perhatian satu dunia apabila dia tampil dengan berhijab di hadapan sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.Sebagai menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat, Rihanna mengenaikan sut labuh berwarna hitam sambil mengabadikan beberapa gaya di luar Masjid Sheikh Zayed itu.

Walaupun menutup aurat tapi aksi bekas kekasih Chris Brown ini tetap menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dia mengenakan gicu bibir dan pengilap kuku berwarna serta kalung emas.

 

 

Check Also

Koleksi The Horizon Carlo Rino sempena Hari Raya 2026

KOLEKSI THE HORIZON CARLO RINO TAMPIL ELEGAN SEMPENA RAYA 2026

Koleksi The Horizon Carlo Rino tampil sebagai pelengkap gaya sempena sambutan Hari Raya 2026. Koleksi …

Pelancaran GX-1 Bio-Reset System di Kuala Lumpur

GX-1 BIO-RESET SYSTEM DILANCARKAN SEMPENA 20 TAHUN AMEZCUA

GX-1 Bio-Reset System dilancarkan secara global di Kuala Lumpur bersempena ulang tahun ke-20 Amezcua. Produk …

Leave a Reply