Saksikan Pengembaraan Abang Reza Bersama Jay, Chempaka, Bobby, DJ Dan Orked Dalam Geng Bas Sekolah Musim Ke 5

Watak Utama GBS Musim 5

Nilai teladan yang diselitkan dalam penceritaan yang menyeronokkan di sebalik kisah-kisah  penyiasatan yang menarik membuatkan drama Geng Bas Sekolah atau GBS semakin diminati dan menjadi bualan orang ramai dari segenap lapisan umur terutamanya kanak-kanak. Oleh kerana itu, atas permintaan ramai Astro Ceria yang sinonim dengan penerbitan program-program hiburan untuk kanak-kanak dengan berbesar hati membawakan drama bersiri kegemaran ramai Geng Bas Sekolah untuk musim yang kelima. Drama menarik ini bakal bersiaran pada setiap Sabtu, jam 11.00 pagi yang telah bermula pada 9 Mac 2013 secara eksklusif menerusi saluran 611.

Sebagai kelainan, drama bersiri komedi 13 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon cilik yang berbakat besar seperti adik Harris Alif yang memegang watak Jay, Jasmine Jessica Cross sebagai Chempaka, Brendan Gabriel Lai sebagai Bobby, Muhammad Shahzuan Aiman sebagai DJ. Istimewanya lagi, musim ini juga turut menyaksikan lakonan mantap pelakon kanak-kanak yang semakin meningkat naik dan diminati ramai iaitu Mia Sara Nasuha yang turut memegang watak sebagai Orked. Selain itu, musim kali ini turut mengekalkan Azrul Zaidi yang mendukung watak Abang Reza selaku pemandu bas.

Check Also

Ahmad’s buka outlet ke-56 di Prima Gombak dan lancar Mad’s Sausage

AHMAD’S BUKA OUTLET KE-56 DI GOMBAK, LANCAR MAD’S SAUSAGE

Jenama lokal sekarang bukan sekadar survive — ada yang dah mula dominate, dan Ahmad’s buka …

Barasuara Live Kuala Lumpur 4 April 2026 konsert alternatif penuh energi

BARASUARA LIVE KUALA LUMPUR BAKAL PECAHKAN PENTAS 4 APRIL

Gelombang muzik alternatif bakal meletup di ibu kota apabila Barasuara Live Kuala Lumpur tampil dengan …

Leave a Reply