SANISAH HURI LIVE IN CONCERT SINGAPORE

Nama Sanisah Huri sudah begitu sinonim di persada dunia hiburan, khususnya di rantau ini. Layak dikenali sebagai ratu pop yeh-yeh, namun namanya masih lagi bertahan sehingga kini. ‘Si Baju Hijau’ ‘Sejak Ku Bertemu Padamu’ ‘Bersabarlah Sayang’ adalah di antara lagu-lagunya yang masih lagi digemari ramai sehingga kini. Biduanita kelahiran Singapura pada tahun 1952 ini mula berkarya pada tahun 1967 lagi. Bakal mengadakan konsert, “Sanisah Huri Live in Concert” pada 19 April 2019, bertempat di The Capitol Theatre, bermula jam 8 malam.

Konsert gah ini dibawa oleh Taps Events & Entertainment, dan disokong dan diarahkan oleh PERKAMUS. Konsert 90 minit ini bertujuan untuk mengimbau kembali lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh biduanita Sanisah Huri sendiri, sekaligus untuk menghargai dan mengingati sumbangan besar beliau selama 50 tahun terhadap industri muzik Melayu di Singapura ini. Dari pihak biduaniita Sanisah Huri sendiri, konsert sulung yang penuh bermakna ini adalah untuk memenuhi permintaan peminat peminat, mengubati hati peminat yang rindukan lagu lagu beliau dan yang lebih penting buat beliau adalah mendekati para peminat yang beliau sayangi and hargai.

Biduantia Sanisah Huri bakal menyanyikan lebih daripada 25 buah lagu-lagu malar segar dan kesukaan ramai. Selain dari lagu lagu favorite seperti “Si Baju Hijau”, “Sejak ku Bertemu Pada Mu” beliau juga akan menyanyikan lagu “Mencari Bahagia”, “Tari Tualang Tiga”, “Kau Di Sayang”, “Inai Pengantin”, “Ku Jangan Di Tinggal Tinggal Kan”, “Tuah dan Tijah” dan banyak lagi. Beliau sendiri telah mengundang penyanyi jemputan dari Malaysia untuk menyanyikan lagu lagu popularnya seperti “Ingin Tahu” dan “Bila Tiba Masa”.

Butiran tempat seperti berikut : Tarikh : 7 Januari 2019 Waktu : 3ptg – 5.30 ptg Bertempat: Mamanda Restaurant, 73 Sultan Gate, Singapore 198497 Tiket berharga dari $68 – $88 – $98 – $128 boleh di dapati di counter SISTIC atau layari www.sistic.com.sg untuk maklumat lanjut. Kami juga menjual tiket tiket kepada Badan Badan korporat yang ingin berkerjasama dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Tilah Maricar di talian +65 98632592. / Cik Emma di talian +601127808886

RSVP: Sila hubungi Ismawati (9173-9769) untuk mengesahkan kehadiran anda atau emel kepada ismawatique@gmail.com Atau anda boleh hubungi Puan Rusedah Tawahid (Pengarah Acara & Setiausaha Perkamus) di 9889-1346 atau emel kepada rusedah@perkamus.com untuk perincian selanjutnya.

Check Also

Babak filem Libang Libu di kampung dengan konflik budaya dan masyarakat

FILEM LIBANG LIBU: KOMEDI SANTAI DENGAN SENTUHAN REALITI

Dalam lambakan filem berat dan penuh emosi kebelakangan ini, filem Libang Libu hadir sebagai pilihan …

Konsert Nasyid Mega 2026 di SAMTTAJ Shah Alam

KONSERT NASYID MEGA 2026 HIMPUNKAN NAMA BESAR DI SHAH ALAM

Gelombang nasyid tanah air kembali meletup apabila Konsert Nasyid Mega 2026 bakal menghimpunkan nama-nama besar …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *