Sekali Lafaz Sahaja..Leuniey Sah Milik Apex

Ketika ini, sedang berlangsung majlis pernikahan yang paling di’nanti hujung tahun ini antara Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & kekasih hatinya, Leuniey Natasha.

Dengan sekali lafaz sahaja, Leuniey Natasha sah menjadi milik Khairul Fahmi Che Mat (Apex).Majlis akad nikah ini mengambil tempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.Pasangan ini telah di’ijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib sekitar jam 10.25 pagi dengan mas kahwin & wang hantaran berjumlah RM19,000.

Model dan juga pereka fesyen ini menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki berupa sepasang persalinan, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Sebagai balasan, Apex juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan berupa terdiri daripada kain Sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Apex segak berbaju Melayu sementara Leuniey anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional sentuhan pereka terkenal Ezuwan Ismail.

Pasangan suami isteri ini akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.

*kredit photo – Danish Haikal

[nggallery id=129]

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *