Sensasi Dari Korea Kini Di KFC

KFC Malaysia sekali lagi berjaya mencipta kelainan tersendiri! Kini dengan KFC Spicy Korean Crunch, satu lagi tambahan hidangan terbaharu yang unik dalam penyediaan ayam goreng. Ia menampilkan campuran tujuh jenis cili dari seluruh dunia dan sos pedas istimewa dari Korea yang pasti memuaskan citarasa pelanggan yang bijaksana.

Apakah rahsia yang menjadikan KFC Spicy Korean Crunch begitu istimewa? Di samping ramuan perapan yang terdiri daripada adunan tujuh jenis cili dari seluruh dunia, ia turut disaluti sos pedas Korea sebaik selesai digoreng sebelum ditaburi bijan yang siap dibakar. Kombinasi ini menjadikan KFC Spicy Korean Crunch hidangan yang sungguh menyelerakan bagi citarasa rakyat Malaysia.

KFC Spicy Korean Crunch merupakan hidangan unik yang membolehkan pelanggan menikmati perisa Korea yang sensasi. Dengan tagline ‘Sensasi Dari Korea’, KFC Spicy Korean Crunch pasti akan memikat selera mereka yang sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain, termasuk golongan yang meminati segala-galanya dari Korea.

Bersempena promosi ini, KFC menawarkan 2-Spicy Korean Crunch Combos. 2-piece combo dan 3-piece combo ini masing-masing berharga RM12.30 dan RM15.50. Ia termasuk dua ketul ayam (2-piece combo) atau tiga ketul ayam (3-piece combo), salad kentang berjagung serba baru, wedges saiz biasa dan satu minuman berkarbonat saiz biasa. Pelanggan juga boleh menukar pesanan mereka daripada ayam Original Recipe kepada Spicy Korean Crunch dengan menambah RM0.20 bagi setiap ketul ayam.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, usaha pengiklanan dan promosi bagi KFC Spicy Korean Crunch menerusi pengiklanan di TV, radio dan akhbar, pengiklanan di luar, bahan-bahan di pusat jualan dan menerusi media online/sosial. KFC Spicy Korean Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangka masa terhad iaitu selama dua bulan bermula 10 April 2013, selagi stok masih ada.

KFC juga merupakan penaja bersama “2013 Asia Super Showcase in Malaysia” menampilkan para selebriti K-Pop yang bakal diadakan pada 12 Mei 2013 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Check Also

Zynergys Snooker Grand Series 2026 Kuala Lumpur komuniti motosikal

ZYNERGYS SNOOKER GRAND SERIES 2026 SATUKAN KOMUNITI DI KUALA LUMPUR

Industri pelincir enjin mungkin nampak “kering”, tapi Zynergys buat sesuatu yang ramai jenama tak berani …

Harley Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO

HARLEY-DAVIDSON 2026 BUKA ERA BARU PREMIUM DI MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia 2026 Street Glide Road Glide CVO akhirnya diperkenalkan secara rasmi, menandakan kemasukan barisan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *