Single Terbaru Aweera ‘Wanita Cinta Teragung’

Penyanyi rock tanahair yang tengah meningkat naik dan sedang hangat berjuang baru-baru ini melalui pertandingan rancangan realiti TV terbitan Astro Duo Star, Aweera tampil dengan single terbaru berjudul ‘Wanita Cinta Teragung’.

Bekas vokalis kumpulan Mojo yang pernah popular dengan lagu “Andai Ku Bercinta Lagi” dan ‘’Romancinta’’ dengan tontonan melebihi 12 juta di laman YouTube ini kini muncul dengan taruhan baharu menerusi lagu ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan diterbitkan oleh Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussein.

‘Wanita Cinta Teragung’ merupakan single kedua Aweera selepas single pertamanya ‘’Terhakis’’ di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia dan juga setelah beliau bergerak secara solo sebagai seorang penyanyi.

Lagu ini menceritakan tentang hati seorang lelaki yang mempunyai perasaan yang mendalam terhadap kekasihnya disamping memohon kepada-NYA agar perhubungan ini dijaga sehingga ke akhir hayat.

Single ini merupakan luahan jiwa saya yang raw kerana pengertiannya yang sangat dalam. Ia menceritakan apa yang saya rasa terhadap wanita yang saya cintai dan sanjungi. Biarlah maksudnya hanya saya sahaja yang ketahuinya dan tidak ditujukan pada mana-mana wanita,” ujar Aweera.

Menerusi lirik dan melodi rock yang ditampilkan, pihak Sony Music Entertainment Malaysia yakin bahawa single ini dapat mengubati hati peminat Aweera yang lama dambakan lagu terbaru darinya.

Menurut Taja pula, dia sangat berpuas hati dengan pembikinan single terbaru ini.

https://www.youtube.com/watch?v=lgIL3FeYV2Y

“Saya sangat senang bekerja dengan Aweera kerana kami telah lama berkawan. Saya faham apa yang Aweera mahu dan mudah bagi kami untuk menghasilkan single ini,” katanya.

Wanita Cinta Teragung’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Jangan lupa untuk mendengar luahan jiwa Aweera paling dalam menerusi lagu ‘Wanita Cinta Teragung’ ilham sepenuhnya oleh beliau dan Taja di saluran radio tempatan anda!

Check Also

Kumpulan BLUNTSHEEP melancarkan single baharu bertajuk Pedih

BLUNTSHEEP BERI NAFAS BARU KARYA HADI RUMNAN, BAKAL GEGARKAN PENTAS ZEPP KUALA LUMPUR

Kumpulan pop rock alternatif, BLUNTSHEEP, memulakan kalendar seni tahun ini dengan pelancaran single terbaharu berjudul …

Poster konsert solo Taeyong NCT TY TRACK REMASTERED di Kuala Lumpur pada 11 April 2026.

TAEYONG NCT UMUM KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA APRIL INI

Ketua kumpulan NCT yang berbakat besar, TAEYONG, secara rasmi mengumumkan kepulangan beliau ke Malaysia untuk …

Leave a Reply