Single Terbaru Aweera ‘Wanita Cinta Teragung’

Penyanyi rock tanahair yang tengah meningkat naik dan sedang hangat berjuang baru-baru ini melalui pertandingan rancangan realiti TV terbitan Astro Duo Star, Aweera tampil dengan single terbaru berjudul ‘Wanita Cinta Teragung’.

Bekas vokalis kumpulan Mojo yang pernah popular dengan lagu “Andai Ku Bercinta Lagi” dan ‘’Romancinta’’ dengan tontonan melebihi 12 juta di laman YouTube ini kini muncul dengan taruhan baharu menerusi lagu ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan diterbitkan oleh Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussein.

‘Wanita Cinta Teragung’ merupakan single kedua Aweera selepas single pertamanya ‘’Terhakis’’ di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia dan juga setelah beliau bergerak secara solo sebagai seorang penyanyi.

Lagu ini menceritakan tentang hati seorang lelaki yang mempunyai perasaan yang mendalam terhadap kekasihnya disamping memohon kepada-NYA agar perhubungan ini dijaga sehingga ke akhir hayat.

“Single ini merupakan luahan jiwa saya yang raw kerana pengertiannya yang sangat dalam. Ia menceritakan apa yang saya rasa terhadap wanita yang saya cintai dan sanjungi. Biarlah maksudnya hanya saya sahaja yang ketahuinya dan tidak ditujukan pada mana-mana wanita,” ujar Aweera.

Menerusi lirik dan melodi rock yang ditampilkan, pihak Sony Music Entertainment Malaysia yakin bahawa single ini dapat mengubati hati peminat Aweera yang lama dambakan lagu terbaru darinya.

Menurut Taja pula, dia sangat berpuas hati dengan pembikinan single terbaru ini.

https://www.youtube.com/watch?v=lgIL3FeYV2Y

“Saya sangat senang bekerja dengan Aweera kerana kami telah lama berkawan. Saya faham apa yang Aweera mahu dan mudah bagi kami untuk menghasilkan single ini,” katanya.

‘Wanita Cinta Teragung’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Jangan lupa untuk mendengar luahan jiwa Aweera paling dalam menerusi lagu ‘Wanita Cinta Teragung’ ilham sepenuhnya oleh beliau dan Taja di saluran radio tempatan anda!

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *