Siri Drama VIKINGS di HISTORY™ Kembali untuk Musim Ketiga

Vikings S3(2)

Siri drama berskrip yang amat dinanti-nantikan, VIKINGS, kembali menemui penonton pada 27 Februari di HISTORY™ (Astro SD Saluran 555, HD Saluran 575), dengan dua episod berturut-turut pada jam 10 malam (SIN/HK). Episod selepas episod pertama akan disiarkan pada hari yang sama dengan siaran di Amerika Syarikat (AS).

Menduduki tempat pertama slot masa di Singapura untuk Musim 1 dan 2 di samping mengekalkan kedudukannya dalam lima siri teratas di Malaysia dan Filipina, VIKINGS Musim 3 menjanjikan lebih banyak keterujaan dan kelainan yang mengejutkan.

Dicipta dan ditulis oleh Michael Hirst, musim baru 10 episod ini berlegar di sekitar Ragnar (Travis Fimmel) sebagai Raja dan gerombolannya, Norsemen, dalam pencerobohan Paris. Hikayat keluarga Ragnar, Rollo (Clive Standen), Lagertha (Katheryn Winnick) dan Bjorn (Alexander Ludwig) yang menarik berterusan apabila kesetiaan mereka dipersoalkan, kepercayaan diragui dan hubungan menjadi tegang. VIKINGS menceritakan kisah luar biasa kehidupan dan pengembaraan epik pahlawan-pahlawan ini dan memaparkan kehidupan pada Zaman Kegelapan, dunia yang diperintah oleh penyerang dan peneroka, menerusi kaca mata masyarakat Viking.

Menyertai buat pertama kali sebagai rakan rasmi digital, Spiral Media akan menawarkan isi kandungan eksklusif Vikings di IGN.com untuk pengguna di Asia Tenggara. Spiral Media memegang lesen untuk jenama antarabangsa dengan jutaan penonton di rantau ini seperti IGN, Twitch, PCMag dan AskMen di Asia Tenggara.

Para peminat VIKINGS boleh menonton episod yang lepas daripada Musim 1 dan 2 yang kini ditayangkan pada setiap hari Jumaat jam 9 malam (SIN/HK) di HISTORY™ (Astro SD Saluran 555, HD Saluran 575).

Check Also

Shah Sidious berkongsi ilmu gitar pada Gear Nerds Meetup Vol. 2 di Pulau Pinang.

GEAR NERDS MEETUP VOL. 2 SATUKAN KOMUNITI GEARHEADS MALAYSIA

Minat terhadap dunia peralatan muzik atau gear terus berkembang apabila Gear Nerds Meetup Vol. 2 …

T-ARA kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi Summer Again pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena.

T-ARA KEMBALI TEMUI PEMINAT MENERUSI SUMMER AGAIN

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila T-ARA Fan-Con Malaysia 2026 secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *