SOPHIA FREDSKILD masih “MENANTI CINTA”

Namanya mungkin masih agak baru dalam industri seni muzik tempatan, namun bakatnya pasti mampu mencuri perhatian mereka yang menghargai kualiti persembahan. Berbekalkan paras rupa yang jelita dan suara yang merdu, Sophia Fredskild memulakan langkah awalnya dalam arena seni suara Malaysia berbekalkan lagu pertamanya yang berjudul Menanti Cinta.

Lagu ciptaan Sophia Fredskild sendiri bersama dengan Shazee Ishak ini turut menyaksikan pembabitan SB Othman dan Sophia juga sebagai penulis lirik. Malah lagu ini seumpama pengenalan buat peminat muzik Malaysia yang mungkin baru tahu bahawa Sophia bukan sahaja mampu menyanyi tapi juga mencipta dan menulis lagu.

Selain itu, lagu ini juga mempunyai versi Inggeris dengan judul Waiting For Love yang juga dicipta dan ditulis oleh Sophia dan Shazee. Menurut Sophia lagu ini tentang penantian pada seseorang yang sesuai dan sepadan untuk hadir ke dalam hidup, dan bersabar dalam menempuhi cubaan demi mencari dan menunggu cinta sejati. Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Danish, Sophia akui yang dia sedang cuba memperbaiki dan menambah kefasihannya berbahasa Melayu. Baru sahaja berusia 20 tahun, gadis kacukan Melayu-Denmark ini memang sudah lama menyimpan impian untuk menceburi bidang seni sejak kecil lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=U6CoFFGfPFg

Maka tidak hairanlah sekiranya dia sudah mencipta lagu pertama pada umur 13 tahun dan pernah terbabit dalam banyak persembahan serta pementasan teater. Sophia bakal muncul dengan lagu terbarunya tidak lama lagi yang juga akan diterbitkan dalam dua bahasa.

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *