‘THE JOB’ ~ Rancangan Realiti Terbaru Di 8TV

Kejayaan tidak akan datang bergolek. Ia memerlukan kerja keras, dedikasi dan sikap tanggungjawab serta keseimbangan dalam hidup untuk berjaya dalam kerjaya. THE JOB, satu rancangan realiti terbaru pencarian calon yang sesuai dan berpotensi untuk menjawat jawatan eksklusif bersama syarikat ternama. Diantara peserta-pesertanya ialah Chin Xian Mei ,Tareeq Azmi,Wee Kim Teong,Mohd Zarith Bin Md Hanipah,Ismail Amsyar Mohd Said,Yam Ee May,Reshma Sangvi A/P Dilip Kumar,Ho Shin Tze.

Selain itu peserta berpeluang mendapat pendapatan yang lumayan, biasiswa pascasiswazah dan wang tunai sebanyak RM 15,000! Rancangan ini dibawakan khas oleh SEGi College dan akan bersiaran secara eksklusif di saluran hip 8TV. THE JOB juga menawarkan kontrak selama 12 bulan bersama SEGi University College di bahagian korporat, di mana jawatan serta skop pekerjaan akan ditentukan berdasarkan keupayaan serta bakat pemenang tersebut.

THE JOB dihoskan oleh Hansen Lee dari NTV7’s The Breakfast Show dan DiGi’s The Next Level bergandingan dengan hos 8TV Quickie , Megan Tan.  Tidak lengkap rancangan realiti ini tanpa kehadiran pihak juri. Juri-juri THE JOB  terdiri dari wakil dari Segi University College, seorang  juri jemputan dan seorang dari syarikat yang mengendalikan tugasan pada minggu tersebut.

THE JOB  akan bersiaran setiap Jumaat  bermula pada 23 Mac 2012 jam 9:30 malam secara eksklusif di 8TV. 8TV juga boleh ditonton di saluran 708 di Astro. Penonton juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my serta ikuti kami di laman sesawang www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

 

 

 

Check Also

Amazing Thailand Fest 2026 di Central i-City Shah Alam

AMAZING THAILAND FEST 2026 BAWA PESONA BUDAYA THAILAND KE CENTRAL I-CITY

Amazing Thailand Fest 2026 membuka tirai di Central i-City dengan membawa pengalaman budaya Thailand yang …

Festival Filem Malaysia China Ke-3 di GSC Mid Valley Kuala Lumpur

FESTIVAL FILEM MALAYSIA CHINA JADI PLATFORM KERJASAMA INDUSTRI PERFILEMAN SERANTAU

Festival Filem Malaysia China membuka tirainya secara rasmi di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *