Tolong ! Awek Aku Pontianak

Pada 28 Jun 2011 yang lepas, bertempat di TGV Wangsa Walk,saya telah berkesempatan menghadiri satu lagi tayangan filem terbaru terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd(TUSB) iaitu Tolong!Awek Aku Pontianak(TAAP) arahan James Lee. Filem ini merupakan filem yang ke-30 terbitan TUSB. Buat pertama kali,filem TAAP menemukan gandingan antara Zahiril Adzim dan Sazzy Falak selaku peneraju utama.Zahiril Adzim, Pelakon Lelaki Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia(FFM22) mahupun Sazzy Falak, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia(FFM19), masing-masing teruja untuk beraksi buat pertama kali di dalam filem komedi seram ini.

Penggambaran filem TAAP mengambil masa selama 25 hari bermula pada 13 Mei tahun lalu. Filem ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Filem yang mengeluarkan bajet sebanyak RM1.5 juta ini,akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia  pada 7 Julai 2011. Selain membariskan Zahiril Adzim dan Sazzy Falak selaku peneraju utama,filem ini turut menampilkan Liyana Jasmay(Liyana), Nurul Wahab(Nadia), Faezah Elai(Ina), Syanie(Fatimah), Bell Ngasri(Pembantu Pak Aaron), Sufian Muhammad(Pian), Harun Salim Bachik(Pak Aaron Slam Bach), Rashidi Ishak(Faizal), Yus Waisar(Kamal), Ruminah Sidek(Orang Tua) dan Jehan Miskin(Eddy).

DI SEBALIK TABIR

Mengisahkan Bob,lakonan Zahiril Adzim. Seorang pemuda yang nasibnya sentiasa dirundung malang, lurus bendul, sering dibuli rakan sepejabat dan dikatakan ‘loser’ tetapi sangat baik hati. Bob sering bernasib malang bukan sahaja berkaitan dengan kerja dan kehidupan seharian, malah turut kecundang di dalam percintaan setelah putus bersama kekasihnya Ina. Kehidupan baru Bob bermula setelah berpindah dan bertemu pula dengan dua orang adik-beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya kehadiran Bob kurang disenangi kerana takut identiti mereka selaku Pontianak diketahui. Bob mula terpikat pada Maya yang sangat cantik,comel dan baik hati tetapi belum mengetahui siapakah sebenarnya Maya. Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila kehadiran Nadia,pontianak jahat yang juga kakak sulung kepada Maya dan Liyana. Bagaimanakah kesudahan filem ini? Adakah Bob yang ‘loser’ akan bertukar menjadi lebih baik atau bertambah ‘loser’? Sama-sama kita nantikan di pawagam pada 7 Julai 2011 ini.

SCREENSHOT DARI FILEM TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK

Keseluruhan perjalanan filem ini digarap begitu kemas. Dialog-dialog yang agak santai serta kelakar. Walaupun perjalanan cerita ini agak perlahan,namun pengarah bijak bermain dengan watak-watak yang ditonjolkan. Karektor setiap watak dikembangkan melalui jalan cerita yang begitu berkesan. Filem ini merupakan filem komedi seram sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat bersama keluarga serta sahabat-handai. Jika anda peminat Sazzy Falak atau Zahiril Adzim,jom ramai-ramai kita serbu pawagam minggu hadapan.

“SOKONGLAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA”

Check Also

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

RAISA AMBIVERT TOUR 2026: KONSERT ‘HEALING’ & EMOSI DUA SISI DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi ‘healing’ muzik pada Februari 2026 apabila bintang pop tersohor Indonesia, …

MODEL MENGGAYAKAN KOLEKSI TERBAHARU HER SERIES NELISSA NIZAM YANG ELEGAN.

MANIFESTASI JIWA DAN KEBERANIAN: ‘HER SERIES’ OLEH NELISSA NIZAM MERAIKAN WANITA SEJATI

Industri fesyen tempatan membuka tirai tahun 2026 dengan sebuah naskhah yang cukup puitis daripada pereka …