Tonton Siaran ‘Majlis Perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei’ Di NTV7 & Tonton.com.my

Ramai sudah mengetahui bahawa pemain badminton no. 1 negara, Dato’ Lee Chong Wei bakal mengakhiri zaman bujang bersama pasangannya, Wong Mew Choo. Bagaikan buku bertemu ruas, kedua-dua pasangan itu sama-sama lincah dalam arena sukan badminton. Siapa menyangka kisah cinta yang berpanjangan selama 11 tahun kini akan berakhir dengan penyatuan dua hati.

Bagi menghargai jasa pasangan ini yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada negara, ntv7 dan portal Tonton akan menyiarkan liputan khas bagi acara perkahwinan yang bakal berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Liputan eksklusif ini dibawakan KHAS OLEH ntv7 setelah PENGUMUMAN sebagai media rasmi dibuat oleh Dato’ Lee Chong Wei dalam SIDANG MEDIA pada 3 November lalu.

Siaran langsung ‘streaming’ menerusi portal Tonton boleh diakses pada 9 dan 10 November dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my.

Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam  dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya. Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu.

Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

 Tarikh

Tonton

ntv7

9 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.

*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefonpintar (Android 2.3+ & ios5+)

 

Lintas langsung menerusi <Edisi 7> pada 7.00 malam dan <7 Edition> pada 8.00 malam.
10 November Layari www.tonton.com.my untuk siaran global bermula 7.00 malam sehingga 10.30 malam.

*boleh diakses menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3+ & ios5+)

 

Siaran langsung selama sejam di ntv7 bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam.
11 November –  Rancangan dokumentari khas ‘A Galaxy Of Love’ pada pukul 9.00 malam.

Check Also

Tujuh bakat muzik dari enam negara bergabung menerusi projek Toyota Move Your World Beat.

TOYOTA MOVE YOUR WORLD BEAT SATUKAN TUJUH BAKAT MUZIK ASIA MENERUSI KARYA BAHARU

Industri muzik Asia terus menyaksikan perkembangan menarik apabila Toyota Move Your World Beat diperkenalkan sebagai …

Revenge of the Rats 2026 menampilkan Carburetor Dung, Naked Butterfly, Mutilation dan Projekt A.K.

REVENGE OF THE RATS 2026 KEMBALI HIDUPKAN NOSTALGIA MUZIK UNDERGROUND

KUALA LUMPUR  – Selepas lebih tiga dekad mencipta sejarah, Revenge of the Rats 2026 kembali …