Yngwie J.Malmsteen Adakan Konsert 29 September

Nama Malmsteen pastinya sinonim dengan genre rock yang cukup sebati bagi peminat setianya di Malaysia, malah ramai di kalangan gitaris yang menjadikan beliau ikon ketika beraksi bersama instrumen tersebut.

Kehebatan Malmsteen sebagai seorang gitaris sudah tidak perlu dipertikaikan, beliau dikenali melalui teknik Shredder yang diciptanya.  Malmsteen juga pernah tampil bersama bandnya, Rising Force, Steeler dan Alcatrazz.

Malaysia adalah merupakan satu-satunya destinasi yang di disinggahi oleh beliau di Asia Tenggara. “Yngwie J.Malmsteen Live In Malaysia” akan di adakan pada 29 September depan di Dewan Wawasan, PGRM Kuala Lumpur.

Peminat yang berminat untuk menyaksikan persembahan “Yngwie J.Malmsteen Live In Malaysia” anjuran Panggung Asia boleh mendapatkan tiket yang berharga RM130 (pembelian awal) Rock Corner dan RM180 (pembelian awal) Cat 1. Selepas tarikh 1September harga tiket akan dijual RM200 (Rock Corner) dan RM250 (CAT 1).

Tiket-tiket kini boleh di dapati di www.ticketpro.com.my atau dengan mengunjungi Victoria Music Centre, The Guitar Store dan  cawangan Rock Corner.  Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-7880 7999

Check Also

Apak bersama KAPAK meneruskan perjuangan muzik rock Malaysia ke pasaran antarabangsa.

KAPAK JADI TARUHAN APAK PERJUANG MUZIK ROCK MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Tidak semua perjalanan dalam dunia muzik hadir dengan jalan mudah. Bagi Apak, …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …