YUNA SAHKAN LAGU PENAKUT DITARIK SEMULA KEMENANGAN DI AIM 18

Yuna mengesahkan berita tentang penarikkan semula kemenangannya di AIM 18 baru-baru ini menerusi laman Twitter miliknya. Yuna memenangi trofi Lagu Terbaik menerusi lagunya yang bertajuk Penakut.

Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Trofi tersebut sepatutnya dimenangi oleh Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih. Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu. Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Check Also

Video misteri brïk menjelang pengumuman 28 September 2026

BRÏK CETUS MISTERI, APA BAKAL BERLAKU 28 SEPTEMBER?

PETALING JAYA, 21 SEPTEMBER 2026 – Singkat, penuh misteri dan sengaja dibiarkan tergantung. Itulah pendekatan …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …