Zahnita Buat Laporan Polis

Model dan pelakon Zahnita Wilson terkejut apabila mengetahui anak-anaknya pergi bercuti ke Thailand bersama suami pada awal Disember lalu sedangkan passport kedua-dua anaknya itu masih berada dalam simpanannya.

Memetik laporan Harian Metro, berkata, anak-anaknya telah mengikut suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor ke Thailand pada 2 Disember lalu dan pulang selepas seminggu.

“Namun yang menjadi persoalan, bagaimana suami boleh diberikan pasport baru untuk anak sedangkan pasport lama mereka masih sah tempoh sehingga Mei 2019 dan berada dalam simpanan saya?” soalnya yang kini dalam proses untuk bercerai dengan suaminya itu.

Risau akan keselamatan anak-anaknya, Zahnita telah membuat laporan polis.

 

*Sumber & Kredit – Malaysia Digest

Check Also

Apak bersama KAPAK meneruskan perjuangan muzik rock Malaysia ke pasaran antarabangsa.

KAPAK JADI TARUHAN APAK PERJUANG MUZIK ROCK MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Tidak semua perjalanan dalam dunia muzik hadir dengan jalan mudah. Bagi Apak, …

Reality Club bakal meraikan perjalanan 10 tahun menerusi konsert di Zepp Kuala Lumpur.

REALITY CLUB RAI 10 TAHUN DI ZEPP KL

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie rock Indonesia, Reality Club teruja untuk kembali menemui peminat Malaysia …