Hidangan Sarapan Pagi Yang Lazat Dan Terbaru Hanya Di KFC

Pic 2KFC Malaysia kini memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan bagi memulakan pagi mereka yang ceria dengan penambahan hidangan baru yang lazat dalam menu sarapan pagi KFC.

Antara menu terbaru untuk sarapan pagi termasuk set hidangan Classic Rice – iaitu nasi Colonel dengan ayam goreng Original Recipe, telur mata kerbau, serta sambal pedas yang lazat. Set Classic Rice juga boleh didapati dengan pilihan hidangan dua ketul ayam bagi mereka yang berselera besar. Bagi pelanggan yang menggemari sarapan ringkas dan pantas mereka boleh memilih pelbagai hidangan ‘Grab N Go’ seperti Egg Riser, Zinger Riser, dan Twister Lite. Tidak ketinggalan juga hidangan sarapan yang paling popular di KFC iaitu Bubur Zinger.

Pic 1“Di KFC, kami ingin memudahkan pelanggan dalam menikmati hidangan sarapan yang lengkap dengan rasa yang sungguh lazat, berbaloi serta memberi lebih nilai untuk wang anda,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

“Set Classic Rice diilhamkan daripada citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa pedas dalam sarapan mereka. Seperti juga hidangan tengahari dan makan malam, rakyat Malaysia turut menginginkan rasa pedas dalam sarapan pagi seperti yang mereka nikmati dalam hidangan Nasi Lemak, Roti Canai dan juga Dim Sum ala Kantonis. Produk sarapan Grab N Go pula disasarkan kepada golongan muda yang bekerja di pejabat yang inginkan sarapan yang ringkas dan cepat,” katanya.

Pic 3Hidangan-hidangan sarapan KFC boleh didapati dari harga serendah RM4.00, dan pelanggan boleh menikmati minuman kopi secara percuma dengan setiap pembelian hidangan pada hari biasa. 2

Dengan sejumlah 247 restoran KFC di Malaysia yang menghidangkan menu sarapan pagi yang lazat pada setiap hari, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk ‘Sarapan pagi di KFC, Rasa Pedas Menjilat Jari!’ Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Check Also

BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *