i-SiNG World 2023

Kejohanan i-SiNG merupakan satu lagi kejohanan vokal yang amat popular didunia sekarang. Walaupun baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017, i-SiNG kini mendapat sambutan yang amat hangat sekali. “i” dalam nama tersebut merupakan diri peserta dan juga melambangkan kedudukan antarabangsa. “Sing” pula adalah minat dan kecenderongan seseorang itu dalam kerjaya menyanyi. Oleh itu, “i-SiNG” memberi peluang kepada seseorang itu untuk menonjolkan bakat nyanyiannya ke peringkat dunia dan merasa bangga dengan bakat dan kecenderungan yang mereka perolehi.

Dalam tahun pertamanya, pada tahun 2017, i-SiNG telah mendapat penyertaan dari 24 negara dari seluruh dunia. i-SiNG pertama berlangsung di Yangon, Myanmar. Wakil Malaysia, Nabillah Mohamad, telah berjaya menduduki tempat ke-7 dalam kejohanan tahun tersebut.

Tahun kedua, iaitu, tahun 2018, i-SiNG telah berlangsung di Paris, France. Peserta lelaki Malaysia, Shafiq Ikhwan, telah berjaya menggondol juara dunia i-SiNG mengalahkan peserta dari hampir 40 negara.

Pada tahun 2019, i-SiNG World telah berlangsung di Stockholm, Sweden, dengan 47 negara. Malaysia menghantar 2 peserta, iaitu, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan. Mohamad telah mendapat tempat ke-dua dalam kejohanan tersebut dan diikuti pula dengan Nadia ditempat ke-tiga.

Pasukan Malaysia dikelolakan dan dianjurkan oleh MyISing Malaysia. Pada tahun 2020, Rythymis Mines telah mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan i-SiNG Dunia yang ke-4 di Kuala Lumpur. Perjanjian telah dimeterai pada bulan Mac 2020 tetapi tidak lama

kemudian, Malaysia telah menutup sempadan akibat pandemik Covid 19. Justeru itu, kejohanan yang ke-4 itu telah ditunda sehingga dunia bersedia membuka sempadan semula.

Kini i-SiNG bercadang untuk meneruskan semula kejohanan dunia ini. Kuala Lumpur telah diberi kehormatan sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini. Pihak penganjur telah menetapkan tarikh kejohanan pada 22hb hingga 26hb November, 2023, di Royale Chulan Damansara.

Dalam ucapan Encik Yuro T, Pengasas dan Pengerusi i-SiNG World Pte. Ltd., menyatakan yang sehingga hari ini sudah lebih 20 negara mengesahkan kehadiran mereka ke kejohanan i-SiNG Dunia di Kuala Lumpur. Kebanyakkan negara peserta amat teruja untuk menyertai kejohanan dan kembali membuat persembahan di pentas antarabangsa. Penganjur MyISing Malaysia telah merancang untuk menganjurkan satu kejohanan yang amat meriah lagi menerujakan di Kuala Lumpur. Selain bertanding, para peserta akan disaji dengan berbagai makanan Malaysia dan dibawa melancong sekitar Lembah Kelang secara percuma. Diharapkan kejohanan ini dapat mempromosi dan memikat lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *