Ikon Budaya Pop Bakal Muncul di STGCC 6-7 September 2014

1_Cosplayers at the 2013 Singapore Toys, Game & Comic Convention

Peminat anime dan cosplay (pemakaian kostum watak permainan video) berpeluang untuk menyaksikan bintang terkenal di majlis tahunan Konvensyen Barang Mainan, Permainan Video dan Komik Singapura (STGCC) kali ini, di mana penganjur akan mengumumkan penampilan kumpulan pertama seramai enam orang personaliti terkemuka budaya pop dari Timur dan Barat.

Kini dalam perjalanan dari Timur menuju ke STGCC adalah tiga orang DJ terkemuka dari Jepun yang meraih sanjungan tinggi dalam pelbagai alam muzik Jepun yang berbeza – Anisong, Touhou dan Vocaloid.

Inu, D.watt dan sasakure.UK akan menguasai pentas pada malam pertama konvensyen selama dua hari ini melalui persembahan muzik yang menakjubkan. Acara Malam DJ STGCC ini akan membawa para peminat ke Negara Jepun dengan memainkan hit terkini dari dunia anime dan permainan video.

Dari Barat pula adalah tiga orang artis berbakat besar – Humberto Ramos, yang sering dikaitkan dengan Spiderman, Alex Solis, pengasas “The Famous Chunkies” yang menampilkan watak adiwira bersaiz besar, dan pencipta jenama popular tokidoki, Simone Legno.

2_The Iron Man 3 Showcase at the 2013 Singapore Toy, Game & Comic Convention

STGCC 2014 yang menggabungkan budaya pop terbaik dari Timur dan Barat akan diadakan pada 6hb dan 7hb September di Pusat Expo dan Konvensyen Sands di Marina Bay Sands.

“Acara ini semakin matang semenjak enam tahun yang lepas, dan kami telah berjaya mengumpul jumlah pengikut setia yang besar dari Singapura dan rantau ini dengan membawakan pelbagai persembahan hebat dari Timur dan Barat untuk tontonan peminat di rantau ini,” ujar Cik Rita Magnus, Pengurus Kanan, Kluster Pop Budaya, STGCC.

Cik Magnus yang mengendalikan pengisian persembahan dari Barat acara ini selama tiga tahun yang lepas, kini mengambil alih pimpinan acara persembahan budaya pop yang terulung di Rantau Asia Tenggara buat kali pertama, bakal membawa aspirasi baharu.  “Dengan senarai hebat personaliti budaya pop dan persembahan yang mengujakan semua peminat, kami berhasrat untuk menggabungkan persembahan terhebat yang mampu memenuhi selera serta menarik minat orang ramai secara besar-besaran dan merintis jalan untuk mempertingkatkan acara ini ke tahap yang lebih tinggi,” kata Cik Magnus.

Pada tahun 2013, STGCC – persembahan budaya pop yang terulung di Rantau Asia Tenggara – telah memecahkan rekod kehadiran pengunjung dengan mencatatkan sejumlah 40,000 pengunjung tempatan dan dari rantau ini.

Tiket STGCC dijual sekarang!  Tiket berharga S$19 untuk pas satu hari dan S$25 bagi pas dua hari, boleh didapati di rangkaian kedai yang terpilih dan di lokasi acara.  Kunjungi www.singaporetgcc.com/tickets-queues untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian tiket.

Kunjungi www.singaporetgcc.com untuk mendapatkan berita terkini mengenai STGCC!

 

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *