iQiyi Lancar Dua Drama Original Sulung Terbitan Malaysia

Seiring dengan perkembangan pesat pasaran penstriman kandungan di Malaysia, iQiyi International, penyedia perkhidmatan penstriman video Asia atas permintaan telah mula menerbitkan dua drama original tempatan, Sorry Naik Lori dan Rampas Cintaku. Kedua-dua drama ini akan dilancarkan secara global dan disiarkan secara eksklusif di platform iQiyi pada lewat tahun ini.

Sebagai ganjaran untuk pengguna dan peminat drama tempatan, iQiyi juga memberi peluang keemasan kepada mereka untuk bertemu dengan bintang kegemaran mereka di set penggambaran malah turut terlibat dalam drama itu sendiri. Dengan kerjasama Tiktok, iQiyi melancarkan “Cabaran Peragaan iQiyi” (iQiyi Catwalk Challenge) dimana 5 pemenang bertuah akan dipilih untuk muncul dalam drama Sorry Naik Lori, disamping memenangi ganjaran wang tunai RM500. Tempoh peraduan adalah dari 5 sehingga 12 Jun. Maklumat lanjut akan dipaparkan di akaun TikTok dan Instagram rasmi iQiyi.

“Kaedah penstriman OTT terus menjadi pilihandan permintaan bagi kandungan Asia di rantau ini adalah sangat tinggi. Oleh itu , iQiyi komited untuk terus menyediakan hiburan Asia berkualiti tinggi kepada para penonton di samping memberi pengalaman tontonan luar biasa dan berkualiti. Perkara asas yang menyokong kami dalam membawakan pengalaman hiburan terbaik di Malaysia adalah tumpuan kami dalam memastikan bekalan kandungan tempatan yang mencukupi. Sejak iQiyi menceburi pasaran tempatan pada tahun 2020, kami telah mendapatkan hak lesen drama tempatan terbesar daripada rakan-rakan kerjasama kami, iaitu Media Prima dan Astro. Langkah penerbitan drama original sulung merupakan satu lagi kejayaan dan kami akan untuk terus melabur untuk memperkembangkan lagi ekosistem kandungan tempatan kita,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Dalam usaha memastikan pengguna menjadi tumpuan utama, kami juga mewujudkan pengalaman yang serba baharu dan menarik menerusi rancangan original kami untuk memberi peluang kepada peminat mengambil bahagian, berinteraksi dan menyertai bintang-bintang kegemaran mereka sepanjang proses penerbitan, daripada penggambaran kepada pelancaran sesebuah drama. Aktiviti yang kami anjurkan dengan kerjasama Tiktok adalah acara yang pertama dan banyak lagi pengalaman menarik yang akan kami bawakan untuk pengguna kami,” tambah beliau.

Sorry Naik Lori

Drama yang diterbitkan dengan kerjasama firma penerbitan tempatan terkenal Tsar Asia, Sorry Naik Lori menampilkan kisah suami isteri dunia moden yang dipaparkan dalam bentuk drama berunsur jenaka. Drama ini menyusuri kisah hidup Khairul, seorang pemandu lori muda yang tinggal di Pulau Pinang, dan isterinya Nadia, seorang suri rumah. Nadia memendam impian untuk menjadi personaliti berpengaruh di media sosial. Pada satu hari, satu daripada video Nadia di sebuah restoran yang dikongsikannya di NikNok menjadi viral dan menaikkan namanya di media sosial. Tak lama kemudian beliau menerima tawaran daripada sebuah agensi mencungkil bakat. Sementara itu, azam Khairul mendapatkan pendapatan tambahan dihalang oleh beberapa orang pembuli di tempat kerjanya. Semua ini menimbulkan ketegangan dalam hubungan dan menyebabkan Khairul rasa serba kekurangan. Dibarisi pelakon terkenal termasuk Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan, Sorry Naik Lori pasti mencuit perhatian penonton dengan jalan cerita dan aksi yang tidak diduga. Penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh negara, justeru para peminat di semua negeri juga pasti tertarik dengan budaya tempatan yang dipaparkan dalam drama ini.

Rampas Cintaku

Karya hasil kerjasama dengan firma penerbitan tempatan terkenal MIG Productions, Rampas Cintaku dibintangi oleh Afieq Shazwan, selebriti tanah air popular Fasha Sandha, Zarul Husin dan Ady Mohammad. Kisah romantik seram ini diadaptasi daripada novel dengan jalan cerita di luar kelaziman. Rampas cintaku berkongsi kisah Riz, jejaka muda yang terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan Ah Long. Beliau membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi, Di situ, beliau bertemu dengan ahli perniagaan wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya. Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya. Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *