Istimewa Cuti Sekolah Di Tv3

Bananana! Break Time dan Jom Relaks! akan menghiburkan penonton setia TV3 khasnya kanak-kanak sempena cuti sekolah pertengahan tahun yang bakal bermula dari 25 Mei hingga 9 Jun ini. Adik-adik boleh menggunakan kesempatan ini untuk merehatkan diri seketika dan berhibur menerusi 6 filem sequel Barbie, sebuah telemovie berjudul ‘Coklat Maraton’ arahan sutradara Apache dan paling istimewa, siri kartun paling popular di Korea iaitu ‘Robot Arpo’.

‘Barbie & The Diamond Castle’, ‘Barbie As The Princess And The Pauper’, ‘Barbie And The Magic Of Pegasus’, ‘Barbie Fairytopia: Magic Of The Rainbow’, ‘Barbie In The 12 Dancing PrincessesdanBarbie As The Island Princess akan menemui penonton pada hari Selasa hingga Khamis, jam 10.02 pagi manakala ‘Coklat Maraton’ pada 1 Jun (Sabtu) jam 11.30 pagi dan ‘Robot Arpo’ mulai 1 Jun, Sabtu dan Ahad jam 10.00 pagi. Tidak ketinggalan juga, maraton ‘Bola Kampung’ dan ‘Boboiboy’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 pagi dan 5.30 petang.

Slot Jom Relaks! di bawah jenama Wanita Inspirasiku pula mengajak seisi keluarga meneroka alam fantasi dengan kisah-kisah dongeng yang menghiburkan. Jalan ceritanya mudah difahami oleh penonton khususnya kanak-kanak dengan menggunakan imaginasi dan magik, ia juga sarat dengan mesej dan pengajaran.

Saksikan Puteri Keong Emas Dan Nenek Sihir’, ‘Puteri Angsa Dan Kuda Ajaib’, Dewi Dan Pesawat Terbang Misterius’, Borobudur’, ‘Peri Kembar Dan Putri Kembar’, ‘Diaz Dan Koran Keberuntungan’, ‘Gadis Pemintal Benang Emas’ dan ‘Harta Karun Raja Hayam Wuruk’ pada hari Isnin hingga Khamis, jam 4.02 petang.

 

BANANANA! BREAK TIME – ‘Barbie & The Diamond Castle’

28 Mei (Selasa), 10.02pagi

Ketika Barbie dan Teresa sedang seronok menulis lagu sambil bermain gitar, Stacie masuk ke dalam bilik secara mengejut dan memarahi kawan baik Barbie, Courtney. Melihat sikap adiknya, Barbie memutus untuk menceritakan kisah tentang dua sahabat bernama Liana dan Alexa. Mereka berdua merupakan sahabat akrab yang bekerja sebagai penjual bunga. Suatu hari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Liana dan Alexa terserempak dengan seorang nenek tua lalu memberikan makanan kepada nenek itu. Sebagai balasan, nenek tersebut menghadiahkan Liana dan Alexa sebuah cermin ajaib. Selepas cermin itu dibersihkan, muncul wajah seseorang mahu dikenali sebagai Melody di permukaan kaca cermin tersebut. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Pelakon: Kelly Sheridan, Melissa Lyons, Cassidy Ladden, Chantal Strand, Maryke Hendrikse, Lara Janine, Kathleen Barr.

 

BANANANA! BREAK TIME – Barbie As The Princess And The Pauper’

29 Mei (Rabu), 10.02pagi

Menceritakan tentang Barbie yang mempunyai dua penampilan, seorang puteri dan seorang gadis kampung yang miskin. Suatu hari, Puteri Anneliese telah diculik dan Erika, yang mempunyai wajah seiras harus menyelamatkan Puteri Anneliese. Bolehkah Erika menyamar menjadi Puteri Anneliese dan menggagalkan Preminger yang jahat?

Pelakon: Kelly Sheridan, Melissa Lyons, Julie Stevens, Mark Hildreth, Mark Luna, Alessandro Juliani.

 

BANANANA! BREAK TIME – ‘Barbie And The Magic Of Pegasus’

30 Mei (Khamis), 10.02pagi

Annika keluar secara senyap-senyap dari Istana untuk bermain luncur ais sebelum menemui dengan seekor beruang kutub bernama Shiver. Malam itu, Annika mencuri keluar sekali lagi. Kali ini, dia menyertai sebuah festival di mana muncul seorang ahli sihir dikenali sebagai Wenlock yang mahu mengahwini Annika. Apabila Annika menolak, Wenlock telah menyihir semua orang termasuklah Raja dan Permaisuri menjadi batu, namun, Annika berjaya diselamatkan oleh Brietta. Apakah yang akan dilakukan Puteri Annika kemudian?

Pelakon: Kelly Sheridan, Kathleen Barr, Lalainia Lindbjerg, Colin Murdock, Mark Hildreth.

 

BANANANA! BREAK TIME – ‘Robot Arpo’

1, 2, 8 dan 9 Jun, 10.00pagi

Pada asalnya Robot Arpo dicipta sebagai robot pemusnah. Walau bagaimanapun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepadanya semasa dia sedang tidur. Apabila Arpo bangun, dia mendapati dirinya berada di rumah keluarga yang pelik. Ibu mereka telah membuang semua senjata yang merbahaya pada Arpo, mengurangkan kuasa seterusnya memasukkan cip emosi padanya. Arpo kini telah bertukar menjadi robot pengasuh kepada keluarga itu namun sering dibuli oleh pasangan kembar. Setelah dimalukan tanpa henti, Arpo memutuskan untuk melarikan diri. Mampukah Arpo mencapai misi tersebut?

 

BANANANA! BREAK TIME – ‘Coklat Maraton’

1 Jun (Sabtu), 11.30pagi

Lat meminati Anis namun gadis itu diminati juga oleh Johan, budak lelaki yang suka membuli Lat. Johan yang merupakan olahragawan sekolah telah mencabar Lat untuk memasuki pertandingan mini maraton. Jojo, rakan baik Lat melatih Lat pada minggu pertama tetapi Lat sangat liat dan hanya mahukan coklat sebagai habuan. Abang saudara Jojo, Abang Ali sanggup melatih Lat. Abang Ali menggunakan hadiah coklat setiap 10 meter Lat berlari. Suatu hari, Anis mendapat tahu Lat memasuki pertandingan maraton dan memberi semangat kepada Lat serta berlatih bersama. Lat memperoleh motivasi dan berlari dengan penuh semangat. Semasa pertandingan, Lat jatuh pengsan dan dibawa ke hospital dengan ambulan. Apakah yang berlaku seterusnya?

Pelakon: Daniel Iman, Ben Laden, Errynne Errynna, Azam Idola Kecil 2, Nas-T, Mustafa Kamal, Emma Akma.

 

BANANANA! BREAK TIME – ‘Barbie Fairytopia: Magic Of The Rainbow’

4 Jun (Selasa), 10.02pagi

Setelah dua kali menyelamatkan Fairytopia sebelum ini, Elina menjadi terkenal dan merasa lebih yakin akan kemampuannya. Suatu hari, Magic Meadow menerima lawatan dari Azura, salah satu dari tujuh peri penjaga Fairytopia. Pemerintah Fairytopia telah mengarahkan ketujuh-tujuh penjaga untuk melatih seorang pelajar dan Azura memilih Elina. Di Istana Kristal, Elina bertemu dengan perintis yang lain, antaranya, Linden, Sunburst dan Glee. Tanpa disangka, Elina jatuh ke dalam perangkap yang dipasang oleh Laverna. Kemudian, Laverna menggunakan sihirnya untuk membuatkan kesemua peri penjaga tidur. Kini, semua bergantung kepada Elina dan murid-murid lain untuk menghalang Laverna.

Pelakon: Kelly Sheridan, Lee Tockar, Kathleen Barr, Christopher Gaze, Tabitha St. Germain, Venus Terzo, Andrew Francis.

 

BANANANA! BREAK TIME – Barbie In The 12 Dancing Princesses

5 Jun (Rabu), 10.02pagi

Raja Randolph memohon bantuan dari sepupunya, Duchess Rowena untuk mengubah anak-anak perempuannya, Puteri Genevieve dan 11 orang adiknya menjadi wanita yang lebih baik. Walaupun mereka mempunyai banyak perbezaan, Puteri Genevieve dan adik-adiknya berkongsi minat yang sama iaitu menari. Duchess Rowena mempunyai rancangan jahat, dia mahu membunuh Raja Randolph dan mengusir kesemua anak perempuan Raja Randolph kerana dia ingin menjadi pemerintah.

Pelakon: Kelly Sheridan, Catherine O’Hara, Nicole Oliver, Jennifer Copping, Lalainia Lindbjerg, Kathleen Barr.

 

BANANANA! BREAK TIME – Barbie As The Island Princess

6 Jun (Khamis), 10.02pagi

Selepas kejadian bot karamdan dihanyutkan ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni, Puteri Rosella membesar dengan haiwan yang berada di pulau tersebut. Dia mempelajari seni bahasa haiwan sejak kecil lagi. Puteri Rosella hidup dengan sebuah keluarga haiwan yang terdiri daripada Beruang Panda (Sagi), Burung Merak (Azul) dan seekor anak Gajah (Tika).  Pada satu hari, Putera Antiono yang menjelajah seluruh dunia berhenti di pulau tersebut untuk meneroka dan akhirnya dia bertemu Puteri Rosella. Puteri Rosella mula meragui keadaan dirinya dan memutuskan untuk berlayar bersama Putera Antiono ke Istananya. Setibanya Puteri Rosella di Istana Putera tersebut, dia merasakan dirinya berada di dunia yang berlainan. Sewaktu berada di situ, dia dan keluarga haiwannya membongkar satu kejahatan di dalamistana tersebut yang mana ada pakatan untuk mengulingkan kerajaan.

Pelakon: Kelly Sheridan, Christopher Gaze, Susan Roman, Brian Drummond, Steve Marval, Alessandro Juliani, Andrea Martin.

 

JOM RELAKS! – Puteri Keong Emas Dan Nenek Sihir

27 Mei (Isnin), 4.02petang

Mbok Rondo, seorang nenek tua yang hidup bersendirian dan seringkali diserang sakit. Dia menemui Keong Emas di tepi padang dan membawanya pulang ke rumah seterusnya menjaga Keong Emas dengan penuh kasih sayang. Suatu malam, Mbok Rondo jatuh sakit kerana terlalu sejuk dan lapar. Pada waktu itu, Keong Emas berubah menjadi seorang gadis kecil. Gadis itu adalah sebenarnya Dewi Galuh Candrakirana. Dewi kemudiannya merawat Mbok Rondo sehingga dia pulih sepenuhnya. Perubahan yang berlaku kepada Mbok Rondo menarik perhatian beberapa lelaki jahat yang merancang untuk mencuri Keong Emas.

Pelakon: Michelle, Lisfia, Fiky, Rica Herman.

 

JOM RELAKS! – Puteri Angsa Dan Kuda Ajaib’

28 Mei (Selasa), 4.02petang

Wulan merupakan seorang gadis kampung yang cantik. Bapanya, Pak Jaya merupakan penjual sayur. Suatu hari, Wulan bertemu dengan seekor kuda unicorn ajaib apabila Pak Jaya keluar ke bandar untuk menjual sayur-sayuran.  Waktu itu kuda unicorn tersebut cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh penduduk kampung. Wulan yang berasa kasihan terhadap kuda unicorn itu memberanikan diri mengikutinya hingga ke sebuah hutan yang mempersonakan. Kesemua haiwan menjadi terkejut dan hairan bagaimana Wulan boleh memasuki kawasan mereka. Wulan juga terkejut apabila melihat kuda unicorn tersebut dan haiwan-haiwan lain boleh bercakap.

Pelakon: Sawung, Lisfia, Rika Herman, Boem Boem, Dewi Cahyanti.

 

JOM RELAKS! – Dewi Dan Pesawat Terbang Misterius’

29 Mei (Rabu), 4.02petang

Dewi merupakan seorang kanak-kanak yang cenderung dengan permainan kapal terbang. Suatu hari ketika sedang bermain dengan abangnya, Andy, Ranu dan kawan-kawannya telah merampas dan merosakkan permainan mereka. Seorang wanita yang memakai roket terbang di langit menyaksikan kejadian tersebut, dia berhenti untuk membantu Dewi. Beberapa hari kemudian, wanita itu muncul semula untuk memperkenalkan dirinya sebagai Jennifer dari Belanda. Tujuan Jennifer ialah untuk mencari pesawat terbang Alexander. Dewi dan Andy mengetahui di mana pesawat tersebut tetapi enggan memberitahu kepada Jennifer. Wanita ini curiga dengan reaksi Dewi.

Pelakon: Vhiendy Savela, Randy Martin, Awal Trysurya, Firrina Sinatrya, Riri Manis.

 

JOM RELAKS! – Borobudur’

30 Mei (Khamis), 4.02petang

Mara gemar menonton filem di panggung wayang, khususnya judul yang mempunyai nama negara. Satu hari ketika menonton filem, kejadian pelik berlaku di mana Mara mendapat tiket emas yang dilempar ke rumahnya. Tertanya-tanya dengan kejadian tersebut, Mara bertemu dengan Purboyo, ahli antropologi. Mara menjadi teruja selepas Purboyo memberitahu tiket emas itu mampu membuka terowong masa. Kemudian, Mara meminjam beberapa filem untuk ditonton di rumahnya. Antaranya, filem tentang asal-usul Borobudur. Oleh kerana Mara masih memegang tiket emas tersebut, dia telah dibawa kembali ke tahun 750, era di mana Borobudur bermula.

Pelakon: Panji, Varissa, Guntur, Pramitha.

 

JOM RELAKS! – ‘Peri Kembar Dan Putri Kembar’

3 Jun (Isnin), 4.02petang

Sari dan Saras merupakan adik-beradik kembar. Saras, seorang yang malas dan manja manakala Sari kanak-kanak yang rajin dan baik. Ibu bapa mereka sangat bangga terhadap Sari yang memperoleh keputusan cemerlang di sekolah. Saras merasakan ibu bapanya bersikap berat sebelah. Dia mula berasa cemburu kerana semua orang selalu memuji Sari. Ada peri yang ingin menggunakan kemarahan Saras untuk membalas dendam kepada ibu bapa Saras. Peri tersebut telah dibuang sebagai dewa penjaga oleh ibu bapa Saras dan telah menantikan peluang ini sekian lama.

Pelakon: Cerelia Ayunna, Martha Ludiya, Judylifa, Michella Adlen.

 

JOM RELAKS! – ‘Diaz Dan Koran Keberuntungan’

4 Jun (Selasa), 4.02petang

Diaz merupakan penjual surat khabar. Dia sanggup berenang menyeberangi sungai untuk pergi ke kampung lain hanya kerana ingin menjual surat khabar. Suatu hari ketika menjual surat khabar di sebuah kampung, perutnya lapar dan kemudian membaca surat khabar yang dijualnya, dia ternampak gambar makanan di dalam surat khabar tersebut. Dia mendapati makanan yang sama muncul di hadapannya. Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan seorang pencuri, kali ini dia melihat seorang ninja di dalam surat khabar dan ninja itu muncul untuk membantu Diaz. Barulah Diaz menyedari bahawa surat khabar yang dijualnya adalah surat khabar ajaib.

Pelakon: Misye Arsita, Oka Sugawa, Ussy Nahdar, Gesar, Nurlina.

 

JOM RELAKS! – ‘Gadis Pemintal Benang Emas’

5 Jun (Rabu), 4.02petang

Mengisahkan tentang seorang ibu yang menyelamatkan seekor tikus dan kemudian dianugerahkan seorang bayi. Bayi tersebut diberi nama Mawar kerana dilahirkan dari bunga Mawar. Bagaimanapun, ayahnya tidak gembira dengan Mawar kerana lelaki itu hanya mementingkan wang semata-mata. Suatu hari, Mawar diarahkan untuk mencari emas. Nasib menyebelahi Mawar apabila tikus dan Si Kerdil yang mempunyai kuasa ajaib membantu Mawar untuk menyelesaikan tugasnya. Kehidupan Mawar menjadi lebih sengsara apabila ayahnya semakin rakus. Malah, dia dijual kepada Juragan oleh ayahnya untuk melangsaikan hutang.

Pelakon: Salsabilla, Aji Pratama, Tita Paramitha, Boem-Boem, Ubaidillah.

 

JOM RELAKS! – ‘Harta Karun Raja Hayam Wuruk’

6 Jun (Khamis), 4.02petang

Raka dan Nanda telah terpisah dari kumpulan mereka ketika di dalam hutan. Pada waktu itu, mereka sangat takut jikalau dikejar oleh harimau. Apabila mereka berdua bersembunyi di dalam sebuah sangkar, mereka bertemu dan memberi bantuan kepada seorang orang tua yang sakit. Sebagai balasan, orang tua tersebut memberikan mereka peta harta karun milik Raja Hayam Wuruk. Raka berjanji kepada Nanda bahawa mereka akan pulang ke rumah sebaik sahaja berjaya menemui harta karun yang dicari. Seorang lelaki jahat bernama Bato juga mencari harta karun yang sama dan telah menculik Nanda. Apakah yang berlaku seterusnya?

Pelakon: Zahwa, Try Mulya, Abi Cancer, Ali Syarif, P’Trisna.

Check Also

MASING MASING VERSI TRADISIONAL,ERNIE ZAKRI DI KELAS TERSENDIRI

Lagu Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *