Izara Aishah Duta Baru InnerShine® Pati Prun Dengan Camu Camu

Keberkesanan InnerShine® Pati Prun untuk menjaga kecantikan kini dipertingkatkan lagi dengan zat dan ramuan detoksifikasi tambahan melalui formula barunya yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon yang digelar buah berkualiti tinggi (superfruit) kerana kehebatannya.

Tiga ramuan utamanya, Camu Camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi Vitamin C semula jadi yang optimum untuk menyihatkan badan serta menyerikan kulit dengan meningkatkan kelancaran penghadaman dan proses detoksifikasi. Inovasi ini menjadikan  InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu minuman kecantikan yang lebih baik untuk anda.

Tidak ramai di Malaysia yang mengenali buah Camu Camu, tetapi ia dicatatkan sebagai sumber botanik Vitamin C terunggul di dunia. Kajian saintifik menunjukkan bahawa superfruit ini mengandungi khasiat 30 hingga 50 kali lebih kaya dengan Vitamin C dapat menguatkan sistem imuniti badan dan membantu dalam penghasilkan kolagen untuk kulit yang lembut dan berseri.

Maltodekstrin Resistan merupakan larutan serat pemakanan tambahan kepada serat prun dalam produk ini bagi melancarkan sistem penghadaman dan membantu badan menyahtoksik secara semula jadi.

InnerShine

®

 pati prun yang dihasilkan daripada buah prun California segar berkualiti tinggi yang amat kaya dengan serat pemakanan dan mengandungi banyak Vitamin C. Pati prun terkenal dengan sifat antioksidannya yang membasmikan radikal bebas untuk melambatkan kesan penuaan.

Seorang pelakon dan model yang makin popular di Malaysia, Izara yang amat berbakat lagi menawan ini, dengan tepatnya melambangkan konsep InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu – seorang wanita moden yang percaya akan pentingnya kulit yang lembut, berseri dan semula jadi sebagai rahsia di sebalik kecantikannya.

“Izara Aishah sememangnya sesuai menjadi duta InnerShine® kerana beliau memancarkan kecantikan asli dan keyakinan diri, sekali gus menguatkan imej produk kami sebagai penyelesaian yang paling selamat, halal dan semula jadi untuk menyihatkan badan dari dalam,” tambah Koh.

Tambahan pula, dengan menjalankan gaya hidup moden dan menjayakan kerjayanya sendiri, Izara mewakili jutaan wanita muda hari ini yang giat berusaha demi mencapai matlamat hidup sendiri dan menguruskan kehidupannya dengan baik.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi seluruh negara. Produk hebat ini dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6 botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12 botol.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan BRAND’S di 1-300-228 300 atau layari laman web di www.innershine.com.my.

Check Also

USAHAWAN PERUBATAN RESHMA PRAKASH MEMBANGGAKAN NEGARA DENGAN MEMENANGI 2 GELARAN UTAMA DI MRS INDIA WORLDWIDE 2024

Bukan selalunya kita melihat perwakilan Malaysia pulang ke tanah air dengan gelaran utama selepas bersaing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *