Izyan Hani Dinobatkan Sebagai Juara Masterchef Malaysia Musim Kedua

Masterchef Malaysia musim kedua sudahpun melabuhkan tirainya. Setelah berhempas pulas mengharungi ujian dan cabaran yang diberikan, Izyan Hani kini dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia Musim Kedua. Pertama kali disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Masterchef Malaysia sabtu lalu, Izyan memperjudikan semangat serta kreativitnya dalam masakan dengan gelaran juara mengalahkan dua lagi finalis iaitu Ah Hong serta Along.

Elemen kejutan disiarkan pada permulaan episod finale Masterchef Malaysia di mana penonton dapat menyaksikan Siti Noorashikeen atau lebih dikenali sebagai Etiqa disingkirkan dari menyertai edisi peringkat akhir Masterchef, ‘Citarasa Juara’. 

Hasil titik peluh Izyan Hani juga ternyata berbaloi dengan kemenangan beliau sebagai juara yang membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi dan hadiah peralatan memasak tajaan Panasonic Malaysia. Manakala Along yang mendapat undian di tempat kedua dan Ah Hong di tempat ketiga masing-masing memperolehi hadiah peralatan memasak juga dari tajaan Panasonic Malaysia.

Sesi penyampaian hadiah finale Masterchef Malaysia disampaikan oleh pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, Encik Harry Sasaki selaku pengarah pemasaran Panasonic Malaysia bersama-sama tiga juri tetap Masterchef Malaysia iaitu Chef Joe, Chef Zubir serta Chef Adu Amran.

Check Also

Inilah Cara Menjadi Hebat dengan Siri Galaxy A

Samsung Galaxy A55 dan Galaxy A35 5G hadir dengan ciri-ciri terbaik seperti Samsung Knox Vault …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *