JAKEL Lancar Kempen JAKEL BARULAH RAYA Dan JAKELSTORE.MY

Sedar mengenai hal ini, pusat gedung tekstil tanah air Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan merasai sense of belonging ketika berbelanja bersama Jakel.

Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini “up-to-date”. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua. Bagi mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel, pastinya ia dapat menimbulkan aura keanggunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka.

JAKEL BARULAH RAYA

Jakel menganjurkan kempen raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur. Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar.

Majlis lebih bertambah erti apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Ini adalah satu platform untuk pihak Jakel mendekati golongan berkemampuan disamping meraikan mereka.

Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel membantu mereka yang memerlukan.

Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Selain mendekati golongan OKU dan asnaf, majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.

KOLEKSI BAJU MELAYU

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.

Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.

Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.

Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Kurta Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju kurta Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.

Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa.

Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dengan berserta kain samping dan butang baju melayu di bawah satu bumbung Jakel dalam satu masa.

KOLEKSI KURTA

Raya pada tahun ini juga, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti

kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket.

Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.

BAJU KURUNG

Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.

Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.

KOLEKSI KANAK-KANAK

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibwah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuain dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.

Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.

JAKELSTORE.MY

Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari. Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikan mereka sukar untuk berkunjung ke Jakel secara fizikalnya. Oleh itu Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my.

MEMBELI-BELAH SECARA ATAS TALIAN DI WWW.JAKELSTORE.MY

Pada majlis yang sama Jakel turut melancarkan jualan secara atas talian buat pertama kalinya. Atas pemintaan para pelanggannya, platform ini adalah usaha ke arah perniagaan pendigitalan Jakel  bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan produk pakaian Jakel hanya dihujung jari.  Kesemua produk Jakel kini boleh dibeli menerusi carian di www.jakelstore.my. Lebih menarik lagi jualan happy hour juga akan dilakukan secara atas talian.

Layari Online store Jakel di www.jakelstore.my

Ini juga menjadikan Jakel lebih berdaya saing dalam memenuhi kepuasan para pelanggannya dan memperluaskan lagi segmen pamasaran Jakel.

Sebarang info lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh mengikuti info terkini Jakel di media sosial seperti IG @Jakeltextile dan FB @GedungTekstilJakel. Pastikan anda hastage Jakel #jakelbarulaharaya #ingatrayaingatjakel #seronoknyarayajakel.

Check Also

Az Zuha Group Travel & Tours Dilantik Semula untuk Musim Haji 1446H/2025M

Az Zuha Group Travel & Tours dengan penuh rasa syukur mengumumkan pelantikan semula mereka sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *