Jay Park, Justin Bieber bersama Kekasih & Kara Kini Di Malaysia

Suasana tenang di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila diserbu ratusan peminat. Kejadian yang berlaku jam 9.30 malam tadi ni gara-gara para peminat yang teruja mahu menyambut kedatangan idola kesayangan mereka- bintang remaja sensasi, Justin Bieber serta penyanyi R&B-Hip Hop kegilaan ramai Jay Park juga lima gadis idaman peminat lelaki, Kara. Kehadiran mereka ke tanah air sempena konsert MTV Worldstage yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, di Sunway Surf Beach Resort.

Seperti biasa, peminat Kara kelihatan lebih bersemangat apatahlagi ini merupakan kunjungan kali pertama hitmaker Step ini ke sini. Sambil dengan penuh sabar menanti, peminat membuat satu barisan panjang. Ada yang memengang banner, sepanduk tanda alu-aluan. Juga tak ketinggalan ada yang bersiap sedia mahu memberikan hadiah kepada Gyuri, Seungyeon (yang baru saja keluar dari hospital akibat diserang simptom anemia), Jung Nicole, Hara dan Jiyoung.

Kira-kira jam 9.45 malam bergema ruang ketibaan di tingkat lima KLIA apabila Jaywalkersfans mula menjerit sebaik saja terlihat kelibat idola pujaan yang di nanti-nanti. Dengan penuh tenang, Jay Park muncul sambil melambaikan tangan dan mengukir senyuman ke arah para peminat. Memandang ini kali kedua Jay datang, peminat berteriak “Selamat Kembali Jay!!!” “What’s up Jay!” “Apa khabar Jay!” “Kami sayang awak Jay!”-Jay Park membalas “Hi!” sambil mengukir senyuman.

Bagaimanapun sedang sekalian peminat Jay Park dan Kara bergembira, Beliebers (gelaran untuk fans Justin Bieber) diselubungi rasa hampa apabila sebahagian daripada mereka telepas untuk bertemu dengan pelantun Boyfriend itu. Lebih terkilan ada di kalangan mereka yang sudah menunggu ketibaan Bieber sejak jam 5 petang lagi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Bieber keluar dari balai perlepasan di ruang VIP (tingkat atas) sedangkan sebahagian fans menantinya di balai ketibaan di tingkat bawah.

“Dia baru saja keluar tadi, ikut sini (VIP) lima minit sebelum Kara keluar. Takder fans pun tadi. Mungkin sebab mereka tunggu di bawah. Bieber berbaju-T warna merah jambu dan berseluar jeans tiba bersama Selena Gomez. Mereka terus menuju ke lobi dan menaiki kereta jenis Audi Q7 berwarna hitam dan terus meninggalkan lapangan terbang”, kata sumber tersebut yang enggan identitinya dikenali.

*Sumber mD

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *