JINBARA Kini Muncul Dengan “KOLABORASI MENTAL”

Kumpulan yang tidak asing lagi, Jinbara, kini muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul “KOLABORASI MENTAL”! Sebagai kumpulan yang memperjuangkan genre rock klasik, mereka pernah mencatat jumlah muat turun ‘ringbacktones’ tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta!

Melalui album kali ini, Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini. KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah dua buah lagu ciptaan  Allahyarham Andi Rahman bertajuk “Biru Mata HitamKu” dan “Hilang”. Lagu “Biru Mata HitamKu” adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu “Hilang” dinyanyikan secara solo oleh Cepot.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk “Oh Mama Saya Mahu Kahwin”. Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis Jinbara, bersama artis baru yang sangat dikenali dengan lagu “Pulanglah”, Awi Rafael.

KOLABORASI MENTAL turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk “Chinta”, hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit “Kasihnya Laila”. Lagu “Chinta” pula adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Cidin,  vokalis kumpulan Taxi, sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke3.

Single pertama Jinbara menerusi album ini adalah sebuah lagu bertema cinta, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, bertajuk “Milik Siapakah Gadis Ini”. Lagu ini adalah gandingan mantap antara Tia bersama Fiq, di mana kedua-duanya memiliki vokal yang unik dan hebat. Paduan suara yang padu ini bagaikan ‘menyuntik’ unsur ‘rock’, lantas memberi kelainan kepada penyampaian lagu ini.  Lagu “Milik Siapakah Gadis Ini” oleh Jinbara dan Fiq semestinya sesuatu yang dinantikan oleh para peminat mereka!

Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam KOLABORASI MENTAL:

  1. Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
  2. Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
  3. Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
  4. Hilang (Jinbara)
  5. Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)

Khas buat peminat muzik tanah air dan para peminat Jinbara khasnya, KOLABORASI MENTAL ini boleh didapati dengan harga hanya RM21.90! Bagi yang ingin mengabadikan “Milik Siapakah Gadis Ini” sebagai nada dering peribadi, anda boleh ikuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*255215# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*152755# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT<Jarak>0149857 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*356795# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *