Jonas Brothers Live In Malaysia Pada 24 Oktober Di Stadium Negara

Penantian telah berakhir dan kumpulan trio popular, Jonas Brothers akhirnya akan melawat negara kita menerusi konsert pertama mereka, Jonas Brothers Live In Malaysia anjuran The WonderLand+. Konsert ini bakal diadakan 24 Oktober depan bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8 malam.

Kumpulan yang dianggotai tiga bersaudara iaitu Joe, Kevin dan Nick Jonas dijangka akan menggegarkan Kuala Lumpur dan juga peminat dengan persembahan hebat mereka.Harga tiket persembahan yang dikenakan adalah RM88 & RM188 (Tempat Duduk Bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (Tempat Duduk Bernombor VIP / The Pitt) tidak termasuk yuran pemprosesan tiket sebanyak RM3 untuk setiap tiket kategori. Semua kategori tiket ini boleh didapati di seluruh negara menerusi TicketCharge online dan kedai-kedai yang ditetapkan.

Kumpulan Jonas Brothers ini mencetuskan fenomena di seluruh dunia melalui Filem Asal Saluran Disney, Camp Rock dan juga ekuelnya, Camp Rock 2: The Final Jam sekitar 2009/10 dan sekaligus berjaya menempatkan mereka sebagai pemenang di Anugerah Muzik Amerika, Teen Choice Award dan lain-lain.

Kumpulan ini juga berjaya dalam projek masing-masing. Sebagai anak bongsu daripada ketiga beradik itu, Nick yang kini berusia 19 kembali membintangi siri Smash yang disiarkan di saluran NBC. Malah baru-baru ini dia juga mengambil alih watak Daniel Radcliffe dalam How to Succeed in Business Without Really Trying on Broadway.

Abangnya Joe, selepas menjadi bintang undangan sitkom TV Land sitcom Hot in Cleveland kini sedang bersiap sedia untuk membintangi beberapa buah filem termasuk mahu bergelar produser. Kumpulan ini juga akan muncul dalam program realiti terbaru Kevin untuk saluran E! berjudul Married To Jonas, yang akan memfokus kepada kehidupan rumah tangga abang sulung mereka itu dengan isterinya, Danielle.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau layari laman sesawang ticketcharge.com.my

 

Check Also

“Pejuang Abata” diangkat sebagai runut bunyi filem Syahadan 2

“Idea tercetusnya penghasilan runut bunyi lagu “Pejuang Abata” ini adalah untuk menghebahkan tentang kesinambungan dari filem Syahadan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *