“Kandang” Kembali Untuk Musim Kedua

Atas permintaan ramai, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan mempersembahkan semula Teater Kandang sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-30 The Actors Studio. Kandang yang telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu daripada karya asal George Orwell’s Animal Farm akan dipersembahkan dari 25 hingga 28 April 2019.

Arahan semula Omar Ali, pengarah yang pernah mempersembahkan teater ini pada tahun 2017 bersama mendiang Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Melalui teater ini, Omar Ali telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Kesenian BOH Cameronian bersama tiga anugerah lain seperti Persembahan Terbaik 2017, Reka Bentuk Kostum Terbaik dan Pelakon Terbaik.

Kandang memaparkan nilai ketamakan kuasa dalam konteks serantau. Kisah ini turut memaparkan landskap kontemporari tempatan dan luar negara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.

Dianggap sebagai alegori zamannya pada tahun 1945, “Animal Farm” karya Orwell adalah berkisar tentang politik Rusia di zaman pemerintahan Stalin. Ianya adalah satu simbolik yang sangat mendalam yang masih relevan kepada zaman sekarang.

Puncaknya adalah perkataan ‘Kandang’ sendiri, yang secara literal diterjemahkan ke dalam sangkar. Mengembalikan persembahan pada masa ini adalah masa terbaik ketika Malaysia menukar kerajaan yang baru pada tahun lepas.

Omar Ali dikenali sebagai seorang pengarah yang berkebolehan untuk mengadaptasikan karya-karya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dengan baik. Karya beliau yang bertajuk Dato ‘Seri, diadaptasikan daripada karya asal William Shakespeare, iaitu The Tragedy of Macbeth yang juga mendapat sambutan baik pada tahun 2016.

Ashraf Zain yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam kategori watak utama sebagai “Tunggal” dalam produksi Kandang pada tahun 2017 akan kembali memainkan watak yang sama dan turut dibantu beberapa pelakon lama dan baru seperti Benedict Chin, Chloe Tan, Clarence Kuna, Coebar Abel, Endee Ahmad, Faez Malek, Joe Chin, Nabil Zakaria, Nik Waheeda, Oxford Tong, Riena Aisya, Rosheen Fatima dan Zul Zamir.

Kandang akan membuka tirai pada 25 April dan akan berakhir pada 28 April di Pentas 2, klpac dipersembahkan dalam Bahasa Melayu. Sarikata Inggeris disediakan untuk semua penonton. Layari laman web www.proticket.com.my untuk maklumat berkaitan tiket. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 4047 9000, ataupun melalui Facebook the klpac.

Dikeluarkan oleh : The Actors Studio (Malaysia)

Pertanyaan Media :

Megann Teoh @ 012 7611629 / megann@klpac.org

Maggie Ong @ 012 382 8583 / maggie@klpac.org

Butiran Persembahan Tajuk

Kandang

Dipersembahkan Oleh

The Actors Studio Seni Teater Rakyat

Sinopsis

KANDANG adalah sebuah adaptasi novela George Orwell

yang berjudul ‘Animal Farm’ ke dalam Bahasa Malaysia

serta konteks budaya kepimpinan tempatan.

Adaptasi ini mengikuti jejak langkah sekumpulan haiwan

ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar

tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan. Namun,

janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji

kosong apabila mereka sendiri terjebak dengan

pengkhianatan idealisme dalam bentuk korupsi dan

kezaliman.

Pasukan Kreatif

Penerbit eksekutif: Dato’ Dr. Faridah Merican

Pengarah Artistik: Joe Hasham OAM

Penerbit: Rosheen Fatima

Pengarah & Adaptasi: Omar Ali

Adaptasi: Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Scenographer: Yusman Mokhtar

Pengarah Pergerakan: Ho Lee Ching

Pereka Bunyi: Khairil Imran

Pengarah Muzik: Coebar Abel

Pelakon

1. Ashraf Zain (Tunggal/ Napoleon)

2. Rosheen Fatima (Bintaga/ Snowball)

3. Joe Chin (Gading/ Squealer)

4. Faez Malek (Jalak)

5. Clarence Kuna (Balau/ Boxer)

6. Nabil Zakaria (Bajak/ Clover)

7. Nik Waheeda (Pendek/ Muriel)

8. Zul Zamir (Markus/ Old Major)

9. Benedict Chin (Taikonang/ Mr. Pilkington)

Check Also

Sumbangan RM150,000 Yayasan PEKEMA Bagi Menghargai Artis Veteran dan Penggiat Seni Uzur

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mengadakan majlis penyerahan sumbangan yang bernilai RM150,000 yang disumbangkan oleh Yayasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *