‘KFC Spicy Korean Burger’ Sungguh Lazat Sungguh Korea

KFC Malaysia muncul dengan satu lagi produk sensasi Korea, kali ini dalam bentuk burger. Memperkenalkan Burger Spicy Korean! Sensasi terbaru yang bakal menyerlahkan “bintang” Korea dalam diri anda! Dengan ramuan sos istimewa Korea,  yang diadun dengan tujuh jenis cili berbeza dari seluruh dunia, burger ini pasti menambat hati pelanggan, terutama sekali golongan muda.

“Hiburan popular Korea terkini dan sambutan hangat terhadap ayam goreng Spicy Korean Crunch telah memberikan kami inspirasi untuk menghasilkan burger ini. Burger Spicy Korean memberi peluang kepada para pelanggan setia kami untuk mencuba sesuatu yang baru dari KFC. Golongan muda yang sentiasa sibuk dan inginkan kelainan, serta enak dan ringkas, di samping peminat-peminat fanatik hiburan Korea, pasti akan menggemari burger ini”, kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, operator KFC Malaysia di majlis pelancaran produk ini di KFC Pavilion.

Keunikan yang membuatkan burger ini begitu istimewa ialah fillet  ayam lazat diperap dengan tujuh jenis cili dan lada, disaluti sos istimewa Korea, serta diapit  lazat oleh ban KFC, daun salad segar dan keju. Peminat hidangan pedas semestinya akan berpuas hati dengan cetusan rasa yang dinikmati dari setiap kunyahan yang pasti akan menggegarkan deria rasa anda! Kombinasi ini menjadikan Burger KFC Spicy Korean hidangan yang sungguh menyelerakan bagi citarasa rakyat Malaysia.

KFC bukan hanya terkenal dengan ayam goreng resipi Original dan Hot & Spicy, tetapi juga masyhur dengan burger ayamnya. Dari burger klasik kesukaan ramai, Colonel Burger, sehingga ke burger Zinger yang cukup diminati ramai (kini dalam tiga versi), pelanggan boleh mengharapkan yang lebih dari KFC yang sentiasa mencari sesuatu yang baru sebagai sumber inspirasi dalam menu mereka.

Burger Spicy Korean bakal menambah pilihan pelanggan dalam senarai hidangan burgernya yang pelbagai. Melalui burger ini, reputasi KFC akan lebih meningkat sebagai restoran yang bukan sahaja menyajikan ayam goreng terbaik, tetapi juga burger terbaik. Dengan tagline ‘Sungguh Lazat, Sungguh Korea’, burger ini mesti dicuba oleh setiap peminat tegar burger!

Bersempena promosi ini, KFC menawarkan Spicy Korean Burger dalam bentuk Kombo berharga RM11.55, atau ala-carte berharga RM8.20. Hidangan Kombo termasuk satu Cheezy Wedges saiz biasa dan satu minuman berkarbonat saiz biasa. Bagi mereka yang mahukan lebih lagi, KFC menyediakan Burger Spicy Korean dalam bentuk Ultimate Hot Box yang mengandungi satu burger Spicy Korean, seketul ayam, satu Cheezy Wedges saiz biasa, dan satu minuman berkarbonat saiz biasa kesemuanya berharga RM13.35.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, usaha pengiklanan dan promosi bagi Burger KFC Spicy Korean adalah menerusi pengiklanan di TV, radio dan akhbar, pengiklanan di luar, bahan-bahan di pusat jualan dan menerusi media online/sosial. Sehubungan dengan promosi burger ini, KFC akan mengadakan peraduan nyanyian lagu Korea. Untuk mengambil bahagian, anda cuma perlu merakam dan muat naik video nyanyian anda atau kumpulan anda di laman Facebook KFC. Kongsikan video dengan rakan-rakan Facebook anda dan kumpul seberapa “Like” yang boleh. 10 video yang mendapat paling banyak “Like” akan berjaya ke peringkat akhir. Peraduan ini akan bermula hujung bulan ini dan peserta perlu mengikuti atau “follow” Facebook KFC Malaysia untuk maklumat selanjutnya. Apa lagi, serlahkan bakat nyanyian anda kerana hadiah percutian 6 hari 4 malam ke Korea Utara bakal menanti anda!

Burger KFC Spicy Korean kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangkamasa terhad iaitu selama dua bulan bermula 14 Mei 2013, sementara stok masih ada.

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *