‘KIL’ – Filem Yang Harus Ditonton

Daripada sebuah projek filem independent yang diterbitkan sepenuhnya mengunakan kamera DSLR Canon 5DMk2KIL, sebuah filem hasil garapan Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Khairulzaman Dzulkifly ini diantara filem yang dinantikan ramai peminat filem tempatan.

KIL, yang telah siap pengambaran & post production pada sekitar  2012 telah menerima sambutan yang positif selain treler pertama filem ini yang menerima lebih 80k tontonan yang telah dimuatnaik di Youtube.  Dengan membawakan tajuk utama & plot yang jauh berbeza daripada acuan biasa filem melayu yang pernah diterbitkan, “KIL” adalah dianatara filem yang bakal mengangkat perfileman tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Filem yang diterajui oleh Reza Minhat & Cristina Suzanne yang turut dibintangi oleh Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat, Dira Abu Zahar, Atilia Haron, Raja Nor Baizura, Juliana Evans & Aidil Rusli ini mengisahkan Akil (Kil), seorang pemuda yang tenang dan tertekan yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri sebagai penyelesaian walaupun dia tidak pernah berjaya untuk membunuh diri.

Satu pertemuan peluang membawa dia bersemuka dengan “Life Action Biro” atau LAB, sebuah organisasi yang akan membantu beliau menamatkan hidupnya. Tetapi selepas terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat LAB itu, Kil bertemu dengan gadis cantik dan riang bernama Zara yang akhirnya memberikan Kil sebab untuk teruskan kehidupan.

Filem yang pada asalnya hanyalah sebuah projek indie diantara 3 sahabat baik Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little ini berjaya menarik minat pihak penerbit Grand Brilliance untuk dibawa terus ke layar perak yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2013.

 

 

[nggallery id=161]

 

 

 

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *