Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara Berdasarkan Tema K-POP

Anak-anak muda Malaysia telah memberanikan diri mereka untuk diuji bakat bagi menempah tiket menuju kemasyuran melalui Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara. Mereka telah mempersembahkan bakat menyanyi, menari dan berlakon masing-masing untuk menawan hati empat orang hakim selebriti, seterusnya terpilih untuk membintangi siri drama bertemakan K-Pop dengan konsep yang diilhamkan oleh  Cornetto.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara arahan Prem Pillai dijadualkan ke udara melalui saluran Astro Ria (Saluran 104) mulai 1 Mei selama sembilan minggu. Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sebenar diri mereka. Mereka akhirnya mencapai kejayaan apabila masing-masing semakin hampir menjadi seorang bintang.

“Tahun lepas, kami menerima maklum balas yang positif dan sangat menggalakkan untuk Cornetto Uda & Dara musim lalu. Oleh sebab itulah, kami memutuskan untuk membawakan drama bersiri serba baru ini bagi mencari ramai lagi anak muda tempatan yang berbakat. Kami berharap program ini membuka pintu dan peluang kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam industri hiburan kita.”

Peserta yang berjaya telah menerima tunjuk ajar daripada aktres dan hos televisyen terkenal, Yasmin Hani; penyampai radio fm ERA, Shaq; pemenang So You Think You Can Dance Malaysia Musim 1, Alam; dan model veteran, aktor televisyen dan pentas, Tony Eusoff.Bukan itu sahaja, para peserta turut berpeluang berlakon bersama selebriti terkenal termasuklah Dafi Ismail, ChaCha Maembong, Alif Hadi, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Normah Damanhuri, Namron, Sheila Mambo dan Azhar Sulaiman, serta penampilan istimewa oleh Yasmin Hani, Alam dan dua orang penyampai radio ERA fm; Shaq dan Haniff Hamzah.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara bukan sahaja menampilkan para bintang popular, malah turut memaparkan kisah hidup yang sangat menarik. Sempena siaran treler istimewa siri drama ini, Cornetto memperkenalkan pembungkusan baharu untuk varian Classic dan Royale. Bermula dengan bahagian atas aiskrim dengan coklat yang enak, kacang yang rangup sehingga ke bahagian hujung wafer berisi coklat yang lazat, memberikan hidangan aiskrim yang memenuhi cita rasa pengguna daripada mula hingga akhir.

Ikutilah siaran Astro Ria (Saluran 104) setiap Rabu jam 9.00pm mulai 1 Mei, dengan siaran ulangan setiap Sabtu jam 5.00 petang untuk menyaksikan pengalaman K-Pop para peserta, serta bagaimana mereka mencapai potensi sebenar untuk menjadikan impian mereka menjadi bintang televisyen satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut tentang barisan pelakon Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara serta berita terkini, sila layari laman Facebook Cornetto di https://www.facebook.com/iluvcornetto.

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *