Kisah Tiga Sahabat Dalam MONEY NO ENOUGH 3

Wang tidak pernah cukup! Kisah MONEY NO ENOUGH 3 mengisahkan tentang tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang.Tiga sahabat baik ini membesar dengan kehidupan masing-masing dan mempunyai
keluraga sendiri.

Ah Hui, merupakan seorang usahawan kedai makan terkenal. Dia berhasrat untuk mewarisi perniagaannya kepada anaknya, namun ternyata cadangan tersebut tidak disukai oleh anaknya yang masih muda. Kolot katanya.Ah Qiang, yang satu ketika dahulu merupakan usahawan hebat menghampiri kegagalan dalam perniagaannya akibat wabak yang melanda. Kehidupannya mula
serabut lantaran kegagalan perniagaan ditambah pula masalah isteri dan anaknya.

Ah Huang pula yang merupakan bapa tunggal dan hidup saling bergantungan dengan anak perempuanya turut mengalami masalah kewangan. Ah Huang meminjam wang daripada sahabat baiknya, Ah Qiang dan Ah Hui untuk memulakan perniagaan haram.Konflik bermula apabila perniagaan salah seorang daripada tiga sahabat itu gagal dan perkara itu telah menjejaskan hubungan antara satu sama lain.


PENGHASILAN MONEY NO ENOUGH 3
Jelas pengarah dan penulis skrip, Jack Neo, idea untuk menghasilkan Money Not Enough 3 ini sudah digarap lama namun, dalam tempoh 10 tahun yang lalu,pemahaman masyarakat terhadap ekonomi dan wang belum cukup meluas.Tiada kaedah kewangan baharu yang diguna pakai sehinggalah dunia melalui fasa pandemik yang mewujudkan sistem e-wallet. Perubahan dalam sistem kewangan dunia mempengaruhi kehidupan dna pemikiran umum.

Tambah Jack Neo, Money Not Enough ini akan membawa penonton melihat wang dari enam sudut berbeza.“Kami tidak menunjukkan bagaimana cara seseorang menghasilkan wang. Tetapi anda bakal menyaksikan kehidupan dan hubungan yang terjalin sekian lama berantakan
gara-gara WANG!”.

Jack turut mendedahkan, Mark Lee pada awalnya pernah menyuarakan keenggannya
untuk berlakon dalam filem ini.Pengarah Leung mendedahkan bahawa Li Kwok-huang menolaknya kerana merasakan MONEY NO ENOUGH merupakan satu filem klasik yang tidak boleh dicabar.Namun Mark Lee kembali menyertai dua lagi sahabatnya dalam filem ini dan berharap agar filem yang menunggu 16 tahun untuk diterbitkan ini akan memberi perasaan
berbeza kepada peminat mereka semua.

“Saya berharap agar filem ini membawa perasaan berbeza kepada semua peminat yang mungkin pernah menonton dua siri filem ini terdahulu. Usia kami semua, jika digabungkan melebihi 180 tahun!
“Saya mengenali mereka sejak mula berkecimpung dalam dunia komedi dan seni. Tidak ramai yang masih boleh bekerjasama apatah lagi bergandingan selepas 20 tahun,”
ujarnya.
Bercakap tentang cabaran, Jack Neo berkata, babak letupan, pertempuran senjata dan
peperangan tidak akan boleh menyaingi cabaran mengarahkan naskhah yang mempunyai skrip yang tebal!

“Apabila seseorang itu memiliki wang dan yang lainnya tidak mempunyai duit, apa yang
akan mereka lakukan serta hasilkan adalah berbeza. Kelakuan seseorang ketika
sedang kaya adakala membuat anda benci kepadanya.
“Anda juga boleh jadi takut kepadanya juga. Segelintir mereka mungkin tidak akan
mengaku saudara dan melakukan perbuatan yang tidak baik. Saya percaya kita akan
melihat atau mungkin melalui perkara sebegitu dalam hidup kita.

“Namun persoalan yang paling penting, wang banyak banyak boleh menjadikan kita
siapa? Itu yang harus disaksikan dan difahami penonton sendiri,” katanya.

Bercakap tentang sasaran pula, Jack Neo berkata, dia mengharapkan agar filem ini dapat mencatat kutipan pecah panggung seperti dua filem sebelumnya.
“Semua ini bergantung kepada sokongan penoton daripada segenap lapisan masyarakat. Kisah kemanusiaan yang kami paparkan dalam MONEY NO ENOUGH 3 ini sememangnya berbaloi untuk ditonton.


“Filem berdurasi dua jam dan percayalah, tiada detik yang membosankan! Ayuh,datang untuk menyokong!”MONEY NO ENOUGH 3 bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Februari 2024 bersempena sambutan Tahun Baru Cina!

INFO MONEY NO ENOUGH 3
FILEM: MONEY NO ENOUGH 3
TARIKH TAYANGAN: 10 FEBRUARI 2024
TERBITAN: HIJACK PICTURES AND MM2 ENTERTAINMENT
EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTIONS
PENERBIT: JACK NEO, BOI KWONG
PENGARAH: JACK NEO
PELAKON:
MARK LEE AS AH HUANG
HENRY THIA AS AH HUI
JACK NEO AS AH QIANG
XIANG YUN AS AH HUI’S WIFE
PATRICIA MOK AS AH HUI’S SISTER
TANG MIAOLING AS AH QIANG’S WIFE

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *