Kombo SEAFOOD SYMPHONY,Terbaru Dari KFC

Set Oriental

Menjelang bulan Ramadan yang hampir tiba, KFC Malaysia telah melancarkan menu terbaru – Kombo Seafood Symphony – satu hidangan menarik yang pasti akan memuaskan selera pelanggan KFC terutama sekali di bulan puasa ini.

Sambutan hebat yang diterima bagi Hot & Spicy Shrimp sebelum ini, telah menjadi sumber inspirasi untuk ciptaan terbaru ini. Keunikan hidangan kombo ini tertumpu kepada kombinasi Shrimp Stars dan sos cili ketam yang amat serasi dan enak. Dibuat daripada isi udang yang dibentuk bintang, Shrimp Stars yang lazat ini kemudiannya disalut tepung dan digoreng rangup. Sos cili ketam istimewa KFC ini pula merupakan gabungan sos tomato manis bersama cili dan rempah ratus yang diperkaya lagi dengan isi ketam. Gabungan menarik ini menjadikan ia bukan sekadar sos untuk mencicah, malah kuah yang enak dimakan bersama nasi. Pastinya, hidangan Kombo Seafood Symphony ini dapat membuka selera penggemar KFC yang setia.

Kombo Seafood Symphony boleh didapati dalam dua set yang berbeza. ‘Set Oriental’ mengandungi dua ketul ayam KFC Hot & Spicy, satu Colonel Chicken Rice, dua ketul Shrimp Stars, satu sos cili ketam dan satu minuman berkarbonat bersaiz biasa. ‘Set Barat’ terdiri daripada dua ketul ayam Hot & Spicy, dua ketul Shrimp Stars, seketul ban mentega, satu coleslaw saiz biasa, satu sos cili ketam dan satu minuman berkarbonat saiz biasa. Kedua-dua set dijual pada harga RM13.50 setiap satu. Shrimp Stars juga boleh didapati secara hidangan ala carte dengan harga di antara RM5.50 kepada RM6.00 (harga berbeza mengikut lokasi).

“Kami yakin bahawa Kombo Seafood Symphony akan menjadi hidangan pilihan ramai menjelang bulan Ramadan ini kerana keunikan rasanya, dan juga kepelbagaian dari segi gabungan menarik antara ayam dan makanan laut,” kata Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali KFC Malaysia.

Set Barat

Selari dengan promosi terbaru ini, KFC juga akan melancarkan Kombo Seafood Symphony dalam bentuk Celebration Bucket yang mengandungi ayam goreng KFC, Shrimp Stars, sos cili ketam berserta hidangan sampingan KFC yang lain. Sebuah balang kuih (edisi terhad) kedap-udara yang diperbuat daripada porselin akan turut menjadi milik pelanggan dengan setiap pembelian kombo ini dan promosi ini akan bermula dari 23 Julai 2013.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, usaha pengiklanan dan promosi bagi Kombo Seafood Symphony akan merangkumi pengiklanan di TV, radio dan akhbar, pengiklanan luar dan menerusi media online/sosial.

Kombo Seafood Symphony kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangkamasa terhad iaitu selama dua bulan mulai 9 Julai 2013, atau sementara stok masih ada.

 

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *