Konsert Barbarik Pentas Keras

BARBARIK itu sifatnya canggung dalam persekitaran. Menongkah arus. Dianggap sebagai ganas. Kurang ketamadunan dan tidak berperikemanusiaan. Namun, didalam konteks muzik rock’ sebaliknya ia adalah usaha untuk menjadi 1 dalam 1000. Meluahkan segalanya dalam kebingitan ‘distortion’ dan ‘amplified sound’ serta kelantangan vokal. Agar mampu didengari dan menggamit perhatian mereka yang prihatin akan erti perjuangan sebuah kehidupan. BARBARIK itu satu ekspresionisme muzik rock.

Dua figura hebat arena muzik rock tempatan bergabung di PENTAS KERAS membentuk satu jenama, BARBARIK. Mereka adalah Jo Branko, komposer dan penerbit serta bekas gitaris kumpulan Wings, bergandingan bersama Muss, bekas vokalis kumpulan May. Jo Branko, seorang hero gitar yang terkenal dengan bunyi gitarnya yang lantang dan memukau, bergabung pula dengan vokal bernada tinggi Muss adalah satu padanan yang telah lama diimpikan dan dinantikan oleh para peminat muzik rock. Mereka pernah bergabung 22 tahun dahulu bilamana Muss menjadi vokalis untuk 4 buah album studio kumpulan Wings diantara tahun 1996 hingga 2000, ketika ketiadaan vokalis utama Wings. Muss dianggap salah seorang vokalis rock terbaik tanahair. Album album yang dirakam bersama kumpulan Wings tersebut memberikan impak yang kuat kepada peminat rock yang dahagakan muzik yang lebih keras.

Kini, atas dasar perjuangan muzik rock yang sudah menjadi darah daging sejak lebih 36 tahun, mereka kembali bersama. Konsert BARBARIK ‘PENTAS KERAS’menjadi medan meraikan kemampuan vokal Muss bergandingan dengan Jo Branko. ‘PENTAS KERAS’adalah satu persembahan yang merangsang minda dan deria penonton dengan muzik sebagai medium perubahan dan luahan suara generasi.

Selain Jo Branko dan Muss sebagai teraju utama, BARBARIK ‘PENTAS KERAS’ juga menjemput 3 penyanyi undangan Mel, Mael XPDC dan Asheed akan diiringi oleh beberapa orang pemuzik profesional. Konsert yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam, Sabtu 24 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur ini dibawakan kepada anda oleh Anggerik Event Sdn Bhd.

TIKET INFO:

CAT 1 – RM188.00 ROCK ZONE (STANDING)

CAT 2 – RM368 UPPER DECK (PREMIUM SEAT)

CAT 3 – RM268 UPPER DECK (NORMAL SEAT)

Tiket konsert boleh didapati di laman sesawang: www.ticket2u.com.my Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket hubungi “Live Chat” Ticket2U.

Ikuti akaun rasmi media sosial di bawah untuk info terkini konsert. Facebook: @BarbarikPentasKeras Instagram: @barbarikpentaskeras Twitter: @konsertbarbarik YouTube: Barbarik Pentas Keras Jika ada sebarang pertanyaan, siłą email kepada kami barbarikpentaskeras@gmail.com

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *