Konsert “Biso Bonar Dato Hattan” Disember Ini

Penyanyi popular tanah air, Dato Hattan bakal tampil dengan satu mini showcase pada 15 Disember ini bertempat di The House G-Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Showcase itu dianjurkan bagi mengubati kerinduan peminat yang sering kali mahukan dirinya kembali beraksi di atas pentas apatah lagi ianya merupakan persembahan solo beliau yang boleh di klasifikasikan sebagai eksklusif.

“Bukan mudah untuk memujuk Dato Hattan untuk beliau mengadakan konsert di sini,” ujar Mike Cubinar.

Malah menurut Mike lagi, proses untuk memujuk beliau beraksi memakan masa yang agak lama juga, namun semuanya terjawab dan apa yang pihak 11 LA Entertainment @House G Tower selaku penganjur berharap agar peminat setia yang merindui aksi serta lontaran vokal Dato Hattan dapat hadir memberi sokongan.

Persembahan yang bakal berlangsung selama 2 jam setengah itu pasti akan di warnai dengan lagu-lagu popular yang pernah melatari album-album beliau.  Malah Dato Hattan turut menyampaikan beberapa buah lagu yang menjadi kegemaran beliau, antaranya ialah Keroncong Untuk Ana, Ibu, Setahun Sudah Berlalu dan Kembara.

Konsert “Biso Bonar Dato Hattan” turut menampilkan persembahan duet bersama anaknya Adam.  Mungkin ramai di kalangan peminat yang tidak mengetahui bahawa pelantun lagu Memburu Rindu ini pernah menganggotai beberapa buah kumpulan sebelum berjaya sebagai artis solo.  Antara band yang pernah beliau anggotai adalah Pratayuda dan FRU.

Sebanyak 10 buah album telah beliau hasilkan sepanjang pembabitannya dalam bidang seni antaranya adalah Nostalgia, Hattan, Antem, Ana Permata Timur, Satu Malaya Dah Tau, Biso Bonar, Palestin Jangan Menangis dan sebagainya.  Beliau juga turut berlakon di dalam beberapa buah filem antaranya Selubung dan Rock Bro.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM100 dengan menghubungi 012-7857571 (Mike) atau hadir sendiri ke House@G Tower.

Teks oleh Nazghoul

Photo oleh Pa Pa Din

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *