Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang

Pengangur janji berikan yang terbaik untuk konsert istimewa itu. Siapa sangka, bermula dari perbuatan santai akhirnya impian penyanyi lagenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang untuk mengadakan konsert di Malaysia sempena 50 tahun pembabitannya dalam bidang seni bakal menjadi kenyataan. Dibawakan khas oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd, Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini bakal berlangsung pada 27 Ogos depan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Berkongsi keterujaan menganjurkan konsert istimewa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mahajaya Empire Sdn Bhd, Abdul Kadir Ibrahim memaklumkan perancangan konsert itu dibuat secara spontan selepas penyanyi tersohor itu meluahkan hasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia.

“Kebetulan kami memang sudah lama bersahabat baik dan dalam satu pertemuan dengan Hetty, dia ada menyatakan hasrat untuk mengadakan konsert khas sempena lima dekad pembabitannya dalam bidang muzik.

“Tertarik dengan impian yang diluahkannya itu, kami pun mengadakan perbincangan hingga akhirnya tercetuslah idea untuk menganjurkan konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini,” kata Abdul Kadir.

Sebagai antara penggemar penyanyi bersuara emas itu, Abdul Kadir berkata portfolio cemerlang yang dimiliki Hetty menyebabkan mereka tidak mahu melepaskan peluang kcemasan itu.

“Semua orang tahu Hetty bukannya penyanyi sembarangan. Namanya cukup gah bukan sahaja di Indonesia malah turut dikenali di peringkat serantau. 

“Selain memiliki suara emas, baru-baru ini juga dia menerima penghargaan apabila menjadi penyanyi yang sudah merakamkan album terbanyak di Indonesia sebanyak 150 buah album. 

“Pada usia sekarang, dia masih mampu menyanyi dengan baik dan tiada siapa mampu menidakkan kredibiliti yang ada padanya. 

“Dia juga mempunyai aura tersendiri dan paling penting, sepanjang pembabitannya dalam bidang sem, rekodnya sangat bersih,” ujamya. Pada persembahan berkonsepkan makan malam itu, Hetty atau lebih akrab disapa Bunda bakal menyanyikan sebanyak 15 buah lagu.

“Sepanjang dua jam beraksi, Hetty akan mendendangkan 15 buah lagu yang pernah hits. Antaranya Kasih, Berdiri Bulu Romaku, Tak Ingin Sendiri dan banyak lagi.

“Kami juga percaya gandingannya bersama Dato’ Ramli MS yang bertindak sebagai pengarah muzik untuk konsert ini pasti akan menjadikan konsert itu luar biasa.

“Kami memlih konsep makan malam kerana kami mahu menjadikan konsert itu lebth santai. Sambil menikmati makan malam, penonton akan menjadikan untaian lagu yang dialunkan Hetty itu sebagai halwa telinga dan membolebkan mereka untuk menyanyi betsama-sama,” ungkapnya.

Meskipun diadakan di dewan hotel namun penganjur menjanjikan konsert itu setaraf dengan konsert yang dibuat di ruang terbuka, “Bila kita bawa penyanyi bertaraf lima bintang, penganjurannya juga pasti bertaraf lima bintang. Justeru dari segi teknikal, kami menjanjikan sistem bunyi yang berkualiti bagi memastikan penonton mendapat kepuasan maksimum ketika menyaksikan konsert itu nanti.“Oleh itu, peminat Hetty jangan lepaskan peluang. Tiket sudah pun dijual. Rugi kalau anda semua tidak menontonnya,” kata Abdul Kadir.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang harga tiket bermula dari

RM11,700 — VVIP (Meja untuk 6 orang )

RM8,700VIP (Meja untuk enam orang )

RM6,640 – PLATINUM (Meja untuk lapan orang)

RM4,560 — GOLD (Meja untuk Lapan orang )

ATAU VVIP RM1190 (untuk seorang)

VIP RM1450 (Untuk seorang)

PLATINUM 830 (untuk seorang) dan

GOLD RM570 (untuk seorang)

Tiket boleh didapati dengan di laman sesawang ilassoticket.com/event/konsertubli-emashett –koes-endang atau boleh menghubungi terus penganjur di talian 012 466 7299 Mia), 012 9858809 (Kadir) dan 019 2299717 (Fandy).

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *