KONSERT MILENIA DITERUSKAN, ZEPP KUALA LUMPUR LOKASI BARU

Konsert Milenia yang tertunda sebelum ini bakal diteruskan, namun lokasi ditukarkan ke ZEPP Kuala Lumpur.

Konsert yang membawa Ratu Dangdut Malaysia Amelina dan Mas Idayu itu
di jadualkan berlangsung pada 27 Januari 2024.

Konsert yang sepastinya hebat dan mantap ini menggabungkan dua lagenda dangdut tanah air untuk menghiburkan semua peminat dangdut dengan lagu-lagu hits mereka yang pernah popular suatu ketika dulu.

Kehadiran artis dangdut sensasi Baby shima sudah pasti menggamatkan lagi Konsert Milenia bersama Ani Maiyuni yang bakal mendendangkan lagu Dasar Buaya Cinta yang trending di Tiktok baru baru ini.

Seperti yang telah semua maklum Konsert Milenia adalah gabungan kerjasama Malaysia dan Indonesia, untuk mengeratkan lagi jalinan genre dangdut di antara dua negara.

Besar hati penganjur apabila para artis popular Indonesia seperti Hesty Klepek-Klepek, Rheyna Morena dan Thomas Arya sudi menjalin menjalin kerjasama.

Tambahan lagi Thomas Arya, seorang penyanyi lagu-lagu slow rock yang telah mendapat jolokkan nama King Of Slow Rock kerana kelunakkan suara beliau yang pernah popular dengan lagu Bunga dan berbeza kasta.

Di sini juga kami Ingin memaklumkan bahawa Siti Badriah dan Fitri Carlina tidak dapat turut serta kerana tarikh yang bercanggah dengan jadual mereka di Jakarta pada tarikh tersebut.

Konsert Milenia juga akan mempersembahkan sentuhan DJ Dugem yang akan memainkan lagu-lagu trending di tiktok dalam irama dugem sudah pasti membawa sebuah kelainan dari konsert yang lain.

โ€œKami percaya Zepp KL akan penuh dengan kehadiran Peminat Dangdut Lovers Tanah air kerana ianya merupakan konsert yang Julung-Julung kali di adakan. Pentas yang dianggap berprestige ini sudah pasti akan dihadiri oleh ramai golongan kelas atasan kerana Zepp mempunyai ruang VVIP yang sangat selesa, Cantik dan berkelas.

Kami telah berdepan dengan cabaran besar tentang perang persepsi sehingga kerana faktor keadaan dan situasi semasa mengakibatkan ianya terpaksa ditunda atas permintaan pihak berwajib yang tidak dapat mengeluarkan permit hiburan sementara pada tarikh sebelum ini.

Meskipun kapasiti penonton di Zepp KL tidak berskala besar seperti di Stadium Malawati Shah Alam, namun mocap pertama ini perlu direalisasikan.

Ini kerana memperjuangkan dan mengangkat serta memartabatkan irama muzik dangdut adalah keutamaan kami.

Konsert ini juga mahu membuktikan corak persembahan tidak boleh keterlaluan, cara persembahan yang perlu mengikut spesifikasi garis panduan Puspal.

Dengan perubahan tempat dalam skala yang lebih kecil dari perancangan asal sudah pasti mempunyai pelbagai perubahan strategi termasuklah perubahan harga.

Terdapat lima tier zon yang dijual dengan harga Early Bird iaitu Standing Milenia RM 219.00 (berdekatan dengan stage). Zon Standing Koplo RM 199.00, Zon VIP Seating Gold RM 279.00 (Termasuk Meet And Greet dan free Merchandise), Zon Free Seating Diamond RM 239.00 manakala Zon VVIP Box memuatkan 8 orang termasuk meet and greet, free merchandise dan buffet dinner serendah RM 4499.00 dan kini semua peminat boleh membuat pembelian segera di ticket 2u.com

Harga ini adalah sangat berpatutan kerana kami mempersembahkan tujuh orang artis termasuk dua DJ Dugem dan matlamat kami memberikan kepuasan kepada semua peminat yang hadir pada hari konsert itu nanti.

Kepada pembeli tiket sediaada sebelum ini pihak kami akan memaklumkan kedudukan Zon baru yang akan ditempatkan menggantikan Zon lama melalui email masing-masing.

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *