Konsert “Repvblik and Friends”

A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd tidak mahu menutup tahun 2019 tanpa memberi sebuah kenangan terbaik buat penggemar muzik tanah air sebelum era 2020 menyapa dunia.
Sebuah konsert yang dijanjikan bakal membuatkan bulan  Disember 2019 ini akan dikenang. Sebuah konsert yang telah lama dipersiapkan oleh A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd. Maka dengan bangganya, A Loud Nation membawakan bukan satu, tetapi empat pemuzik dan penyanyi istimewa siap untuk meledakkan adrenalin peminatnya di tanah air.
Cukup terkenal dengan lagu hit mereka Sandiwara Cinta yang membuat nama Repvblik yang dianggotai oleh  6 orang iaitu Ruri (vokal), Hexa (rhythm gitar), Lavy (bass), Tyar (keyboard, backing vocal), Randy (drum), dan Ei (lead gitar) cukup terkenal di Malaysia. Sebuah band yang  berasal dari Bogor, Indonesia sudah merangkul kejayaan yang luar biasa sejak beberapa tahun kini siap untuk bertemu penggemar mereka kembali. Apa yang menariknya, A Loud Nation Entertainment mengorak Iangkah yang amat besar apabila buat julung kalinya, Repvblik akan dibawa ‘pusing Malaysia’ dengan memilih tiga (3) lokasi utama yang difikirkan strategik buat band ini bertemu peminat mereka.
Konsert yang diberi nama “Repvblik and Friends”, Repvblik akan segera menggelar konsert perdana mereka dalam sebuah skala besar dan paling penting, mereka siap menjelajah Malaysia bermula 18 Disember 2019 mendatang.
Band yang Iagu Aku Takut milik mereka telah ditonton sebanyak 181 juta tontotan itu akan bertemu penggemar mereka di Kuala Lumpur terlebih dahulu pada tanggal 18 Disember 2019.Konsert sulung band yang mula aktif sejak tahun 2007 silam tersebut akan diadakan di KL Live, Live Center, Kuala Lumpur dengan disertai oleh dua pemuzik yang tidak kalah hebatnya. Salah satunya adalah Andmesh yang hit Cinta Luar Biasa miliknya telah ditonton Iebih 161 juta tontonan di YouTube.
Sebuah band yang tidak kalah hebatnya di Malaysia iaitu Floor 88 juga merupakan satu lagi ‘teman’ Repvblik yang akan menggegarkan pentas KL Live.Tidak berhenti di Kuala Lumpur, Repvblik & Friends menuju Selatan tanah air, iaitu Johor Bahru pada 20 Disember 2019. Konsert di Johor Bahru pula akan diadakan di Persada, dengan sekali lagi hadir bersama ‘tentera’ yang sama iaitu Andmesh dan Floor 88. 
Terakhir, pada tanggal 22 Disember 2019, Repvblik & Friends akan terbang ke Sabah dan bertemu penggemar mereka di negeri di Bawah Bayu itu. Konsert di Sabah akan berlangsung dengan line up ‘kawan-kawan’ yang berbeza. Pengumuman akan dilakukan pada pertengahan bulan November 2019.
“Kami berbesar hati membawa Repvblik ke Malaysia bukan sahaja ke Kuala Lumpur tetapi juga ke Johor Bahru dan Sabah kerana yakin dengan muzik mereka yang selama ini cukup digemari oleh seluruh penikmat muzik.
“Konsep Repvblik & Friends dengan menggabungkan Repvblik bersama Andmesh, Floor 88 dan Jaz Hayat adalah sebuah bonus yang sengaja kami berikan kepada penggemar yang hadir kelak kerana pada harga yang sangat mampu, penggemar boleh menikmati 3 pemuzik di satu satu lokasi konsert berlangsung,” kata Pengarah Urusan A Loud Nation.
Harga tiket konsert Repvblik & Friends di KL Live, Kuala Lumpur dan Persada Johor, Johor Bahru dijual pada harga RM188 pada 1 November 2019, dengan pembelian early bird berharga RM148 pada 25 Oktober 2019. Penjualan tiket akan bermula pada jam 10 pagi pada tarikh-tarikh tersebut. Pembelian boleh dilakukan di www.myticket.asia atau sebarang pertanyaan boleh hubungi +603 8605 0195.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *