Konsert Wings Rockestra Di Istana Budaya Pecah Panggung

Kumpulan Wings buat kali kedua mempersembahkan konsert mereka di Istana Budaya minggu dari 26  – 30 April yang lepas. Konsert ini diberi nama Konsert Wings Rockestra.Diiringi  dengan 43 ahli Orkestra Simfoni Kebangsaan, Wings kali ini mengembalikan nostalgia peminat-peminat dengan mencipta mood yang lebih tenang dan releks. Tidak seperti konsert-konsert mega mereka sebelum ini, kali ini penonton di dendangkan dengan lagu yang jarang diperdengarkan mereka secara live.

Antara lagu tersebut seperti Amok, Hikayat Penuh Ranjau, Alam Barzakh, Awang Trasher, Ameringgo, Julang Timur Tengah, Anugerah, Pengabadian Kasih, Sayap Illusi, Kota Kemusnahan, Harapan, Ranjang Mawar dan Dari Tuhan.Apapun, Wings tidak melupakan deretan lagu wajib mereka agar penonton momentum teruja penonton terus kekal dan suasana tambah hangat suasana dengan lagu seperti Bujang Senang, Sayap Illusi, Misteri Mimpi Syakila, Taman Rashidah Utama, Opera Hidup dan Sejati.

Tambah istimewa, menerusi segmen 3G (3 Generasi) menampilkan persembahan petikan gitar daripada tiga pemain gitar berpengalaman iaitu, Joe (Wings), Hillary Ang dan pencetus gitaris yang diterbangkan khas dari Indonesia, Ian Antono (kumpulan God Bless).

Sementara Awie pula berkata, “Selama 28 tahun dalam industri ini, dengan persembahan malam ini dan juga malam seterusnya nanti, kami bukan mahu membuktikan apa-apa, jauh sekali mahu menunjuk-nunjuk kerana kami pun masih di peringkat belajar. Tapi kami buat tugasan kami, mahu memberi persembahan paling terbaik buat peminat”.

“Selain itu kami nak besarkan pengalaman kami. Kami terpanggil untuk buat konsert okestra ini kerana inspirasi itu datang daripada band luar iaitu Scorpion dan Metallica. Mungkin juga persembahan kami ini boleh dijadikan arkib untuk anak-anak muda dan generasi akan datang”, jelasnya sekaligus mengulas pertanyaan media mengenai bukan calang-calang band Rock lagenda sedia ada negara kita ini, masih mampu mengekalkan stamina dan memberi persembahan memukau sepertimana yang ditampilkan mereka’.

 

[nggallery id=148]

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *