Thursday , February 9 2023

Kool FM perkukuh barisan hadapan tahun baru 2018

Stesen radio Kool FM telah memperkukuhkan barisan hadapan dengan kemasukan Andy Hakim atau pemilik nama sebenar Ishak Ibrahim yang berpengalaman dalam bidang penyiaran radio. Andy Hakim akan bergandingan bersama Liza dalam Petang Kool, segmen petang Isnin hingga Jumaat dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, manakala Muaz akan menerajui segmen Pagi Hari di Kool FM (PHD Kool) bersama AG dan Haiza bermula Januari ini, Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Pengurus Program Kool FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood, berkata “Barisan baharu ini diharap dapat memperkukuhkan lagi empayar stesen radio Kool FM itu sendiri sekali gus meletakkan ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan di dalam industri penyiaran radio di Malaysia”.

“Penambahan Andy Hakim serta pertukaran Muaz melengkapkan barisan yang sedia ada adalah antara strategi untuk menjadikan Kool FM sentiasa menjadi pilihan utama pendengar. Kami menerima maklum balas yang positif ketika menggandingkan mereka pada pertengahan Oktober lalu”

“Ini juga selaras dengan misi kami untuk terus tampil dengan pembaharuan dan perubahan serta memberi fokus utama yang meliputi muzik dan hiburan yang sejajar dengan sasaran pendengar di Kool FM,” tambahnya lagi.

Penyertaan Muazanazzudin Mohamed atau Muaz, pada Februari lalu yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi segmen Petang Kool bersama Liza, kini ditukarkan ke segmen PHD Kool. Sementara kehadiran Andy Hakim yang cukup sinonim kerana kepakaran tentang lagu dan filem Bollywood yang sebelum ini mengendalikan segmen Mega Hindi Kool FM, kini menggalas tugas bersama Liza di Petang Kool.

Selain itu, Kool FM turut membariskan AG, Haiza, Rea, Liza serta Ezaq. Barisan hadapan baharu ini akan memulakan tugas mereka secara rasmi bermula Januari ini.

Info lanjut :

WAKTU  SEGMEN PENYAMPAI
6.00 pagi – 10.00 pagi Pagi Hari di Kool AG, Haiza dan Muaz
10.00 pagi – 3.00 petang Muzik Kool Tanpa Henti Rea
3.00 petang – 7.00 malam Petang Kool Liza dan Andy Hakim
8.00 malam -12.00 tengah malam Malam Kool Ezaq

 

Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.koolfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen Kool FM di Youtube : Kool TV / Instagram / Twitter : @koolfmmy / Facebook : Kool FM / Whatsapp : 017-276 5656.

Check Also

“Kehilangan”: Sudah Tiba Masanya Kesedaran Kesihatan Mental Menerusi Muzik Diketengahkan

Jerry Zakaria atau nama sebenar Mohd Zamhari bin Zakaria hari ini, melancarkan single terbaharunya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *