Kuasa Muzik AIA GENERASI MALAYSIA CONCERT Menyatu Serta Menghiburkan

Hampir sepuluh ribu rakyat Malaysia berpusu-pusu ke Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil untuk meraikan kepelbagaian budaya yang menjanjikan keunikan rakyat Malaysia di AIA Generasi Malaysia Concert. Tiga daripada artis antarabangsa paling hangat di negara ini – Gary Chaw, Shila Amzah dan Reshmonu – memaparkan kuasa muzik mereka yang unik dengan gabungan irama rock, pop, soul dan reggae untuk memberikan para penonton pengalaman yang sukar dilupakan.

Reshmonu serenading the crowd at the AIA Generasi Malaysia Concert

Dipersembahkan oleh AIA Bhd., AIA Generasi Malaysia Concert telah mengumpulkan peminat muzik dari semua lapisan masyarakat untuk meraikan tiga artis Malaysia yang telah menaikkan profil negara kita di pesada antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah, yang telah melancarkan konsert tersebut berkata, “Di AIA, kami benar-benar percaya bahawa muzik mempunyai kuasa untuk menghibur, memikat dan memukau. Konsert malam ini telah membuktikan bahawa kita boleh bersatu melalui kuasa muzik dan meraikan generasi yang berbangga menjadi rakyat Malaysia. Muzik sebenar seharusnya tidak akan berhenti!”

(L-R) Gary Chaw, Shila Amzah and Reshmonu performing 'Saya Anak Malaysia' at the finale of the AIA Generasi Malaysia Concert

Lagu-lagu yang telah dipersembahkan terdiri daripada gabungan senarai hit setiap daripada artis tersebut dan juga versi lagu-lagu pop masa kini yang diadun dengan pengaruh muzik unik dari ketiga-tiga artis itu sendiri.

Reshmonu mempamerkan inovasi gaya fusion pop dan reggae, seterusnya membuatkan semua yang hadir menari mengikuti gabungan rentak Rude dari Magic!, I’m Yours dari Jason Mraz, Moves Like Jagger dari Maroon 5, dan lagu hitnya sendiri seperti It’s You That Matters, Hey Waley, Understand, Oh Anok Anok dan The Way it Makes You Move. Beliau juga mempersembahkan medley lagu-lagu jazz dan soul seperti I’m Lost dari Michael Buble, Thinking Out Loud dari Ed Sheeran dan Let’s Get It On dari Marvin Gaye.

Shila Amzah belting out her hits at the AIA Generasi Malaysia Concert

Shila pula yang tidak lama lagi akan memulakan siri konsert Mandarin pertamanya, telah membuat semua teruja dengan menyampaikan dua single Mandarin iaitu Zheng Fu dan Xiang Ne De Ye, bersama-sama single hitnya Patah Seribu dan Masih Aku Cinta. Shila juga mempamerkan kuasa vokal beliau yang mantap dengan menyampaikan medley dari Beyonce dengan Halo, Love on Top dan Crazy In Love.

The artistes entertaining their sea of fans at the AIA Generasi Malaysia Concert

Kemudian tiba giliran Gary pula untuk mengkhayalkan penonton dengan persembahannya yang penuh perasaan dan juga kebolehan vokalnya yang mengagumkan. Tentunya inilah sebab mengapa beliau telah menambat hati ramai peminat di Malaysia, China, Taiwan dan Hong Kong!

Senarai lagunya di atas pentas termasuk hits beliau yang terkenal iaitu Guan Jun, Qi Chuang Ge dan Shi Jie Wei Yi De Ni, serta Hoy Fut Tin Hung yang telah dipopularkan oleh kumpulan rock Hong Kong, Beyond.

Crowd favourite Gary Chaw with his soulful renditions at the AIA Generasi Malaysia Concert

Gary dan Shila pula kemudiannya menggemparkan penonton dengan duet pertama mereka, sebuah lagu Mandarin popular berjudul Yue Liang Dai Biao Wo De Xin .

Menutup tirai dengan nada patriotik dalam meraikan semangat Generasi Malaysia, Gary, Shila dan Reshmonu bersama-sama di atas pentas untuk kali pertama mepersembahkan lagu tema yang meriah, bersemangat dan tidak asing lagi, iaitu Saya Anak Malaysia.

Check Also

COËX TERUS DIHANTUI “PAKU DURJANA”

Kumpulan M-POP berbakat COËX yang terdiri daripada empat gadis cantik – Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy merupakan artis di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *