Kumpulan MOHRAM Menerajui Pementasan Muzikal ‘Amanat MuziKhat’

MOHRAM yang dianggotai Mohardiman Ismail (seruling) dan Ramli Hamid (rebana) tampil sebagai artis utama dalam pementasan muzikal Amanat Muzikhat dan di majlis perasmian sempena Terengganu International Islamic Art Festival 2012 (TIIAF2012) di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Majlis perasmian TIIAF2012 ini dirasmikan oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Turut hadir ialah Ketua Pengarah IRCICA, Dr. Halit Eren, Menteri Besar   Terengganu, YAB Dato’ Seri Hj Ahmad B Said, YB Dato’ Hj. Mokhtar Bin Nong, Datuk Bandar Kuala Terengganu, YBhg Datuk Hj Mat Razali Kasim dan YBhg. Datuk Rozali Salleh, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

Konsert muzikal akustik diterajui MOHRAM ini turut diiringi Syed Alwi al-Haddad yang memperdengarkan alunan qasidah dan pemuzik terkemuka termasuk kumpulan gamelan dari SUKTRA Terengganu selain penampilan pemuzik dan kaligrafer kelahiran Iran iaitu Bahman Panahi yang bermain alat muzik tradisional Arab. Lebih menarik, lagu-lagu yang dipersembahkan itu berselang-seli dengan qasidah dan zikir yang menceritakan mengenai kedatangan Islam ke rantau Nusantara.

Persembahan muzikal ini diilhamkan oleh komposer dan pengarah muzik, Farihin Abdul Fattah dimana sebanyak 12 lagu dari ketiga-tiga album MOHRAM didendangkan antaranya Sakti, Suluk, Pawana Pawaka dan Cahaya di Taman Suci. MOHRAM telah mendapat tajaan pakaian dari “QAMILLA SACC MALL”, sebuah butik mereka pakaian berciri tradisional dan kontemporari untuk persembahan mereka pada malam itu. Amanat Muzikhat diterbitkan oleh Shue Ellis Communications.

Check Also

Public Bank Mengambil Alih LPI Capital, Keluarga Teh Perkemas Kedudukan Ekuiti

Public Bank Berhad hari ini mengumumkan langkah strategik untuk mengambil alih kepentingan mengawal dalam LPI …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *